Home Ma-Zeer 28 Fakta Pelik & Menarik Yang Mengaktifkan Sel-Sel Otak Anda

28 Fakta Pelik & Menarik Yang Mengaktifkan Sel-Sel Otak Anda

133
0
SHARE


Fenomena alam dimana Laut Baltik bertemu Laut Utara tapi tak bercampur kerana perbezaan berat pada jisim

Satu-satunya doktor bedah dalam Soviet Antartic Expedition, 1961yang terpaksa membedah dirinya sendiri. Dr. Leonid Rogozov membuang radang pada usus perut yang boleh membahayakan dirinya. Beliau dibantu oleh seorang ahli meteorologi, seorang juruteknik dan beberapa jenis ubat bius.

 Pada tahun 1994, penduduk Oakville, Washington dikejutkan dengan hujan gumpalan gelatin. Setelah dilanda hujan pelik ni ramai penduduk Oakville mengalami selsema selama 7 minggu hingga ke 3 bulan. Sampel gelatin ini diuji dan hasilnya memeranjatkan kerana ianya mengandungi sel darah putih manusia…

Menguap akan membuatkan korang lebih segar kerana apabila menguap paru-paru akan lebih menerima udara dan meningkatkan bekalan oksigen ke otak.

Bunga Oaleander menjadi bunga rasmi Hiroshima di Jepun kerana ini lah spesis bunga pertama yang mekar kembali setelah peristiwa ledakan bom Hiroshima pada 1945.

Kuda laut jantan yang sedang bunting.

Louis Pasteur, seorang ahli mikrobiologi Peranchis pada tahun 1800-an menyimpan banyak senjata api di makmal ketika beliau sedang menghasilkan vaksin untuk rabies. Ini sebagai langkah keselamatan jika ada pembantunya yang terkena jangkitan beliau akan terus menembak tepat dikepala pembantunya itu.

Pada 1960, 3 orang pemburu dari Oregon, US dijumpai mati disekitar kawasan perkemahan mereka tanpa adanya tanda-tanda seperti pergaduhan, rompakan atau pencerobohan… Satu-satunya yang mencurigakan, ditemui seekor cicak jenis Rough-Skinned Newt yang mati dalam cerek kopi mereka. Kajian menemui cicak ini menghasilkan ‘tetradotoxin’ iaitu racun yang 10,000 ganda lebih kuat dari sianida.

Komputer Iron Man, JARVIS singkatan dari “Just A Rather Very Intelligent System”.

Macam ni le rupanya burung merak semi-albino.

Ketika Jean Lafitte, seorang lanun laut melihat poster dari Gabenor yang menghadiahkan 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya, Lafitte pula mengeluarkan poster akan menghadiahkan 5,000 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Gabenor…

Foto Muhammad Ali ketika membiarkan seorang peminat kecil menewaskannya dalam satu pertarungan pada tahun 1963. kekalahan ini dimasukankan dalam rekod pencapaiannya seumur hidup.

Pada Julai 1518, penduduk Frau Toffrea di Strasbourg, Peranchis diserang wabak pelik. Tanpa sedar pesakit akan menari-nari dimana saja beliau berada.. Dalam masa 1 bulan seramai 400 orang dijangkiti wabak ini, ada yang meninggal dunia akibat sakit jantung, sesak nafas dan stroke. Para doktor tidak tahu apa punca wabak ini terjadi.. Wabak ini reda dengan sendirinya beberapa bulan selepas itu.

 Pemandangan cantik Gurun Sahara yang diliputi salji selama 30 minit pada 18 Febuari 1979.

Paus biru mempunyai lidah sebesar dan seberat gajah Afrika dewasa

Pemandangan matahari terbit dari atas tembok besar China

ASI SUFRE LATINO AMERICA yang bermaksud ‘Penderitaan Orang Amerika Latin’, sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1983. Kebetulan?

Sungai Venice ketika membeku

 Rasa lapar membuatkan kadar serotonin dalam tubuh korang menurun mengakibatkan muncul emosi-emosi yang sukar dikawal seperti cemas, mudah marah, stres atau sedih

 Satu kajian yang dibuat oleh University Of California, Los Angeles mendapati terlalu banyak mengambil junk food bukan sahaja mengakibatkan korang semakin gemok malah semakin malas !!

The Almost Vertical Stairs (tangga yang hampir tegak) di Machu Picchu, Peru

 Formasi awan ini muncul di langit Portugal, orang awam menggelarkannya ‘The Hand Of God’

Pada 2012 seorang penternak lebah dari Peranchis merasa hairan dengan madu yang bewarna biru dan hijau yang muncul dalam sarang lebahnya. Siasatan menemuikan yang lebah-lebah tersebut telah menghisap sisa-sisa buangan dari kilang gula-gula M&M yang berhampiran

Inilah bentuk rangka Joseph Merrick (1862 – 1890) atau dikenali dengan nama ‘The Elephant Man’. Penyebab perubahan bentuk tubuhnya tidak dapat diketahui hingga sekarang

Ridge A, terletak di Antartika dinobatkan sebagai lokasi paling sejuk di bumi, suhu dipuncak pergunungan ini boleh turun hingga – 93.2 °C (negatif)

Ilustrasi anatomi tubuh manusia di England pada abad ke-15

 Pemandangan Kampung Kulusuk, Greenland. Rumah yang berwarna-warni dengan berlatar belakang pergunungan dilitupi salji kelihatan sangat menakjubkan

Semasa perang sivil di Amerika (1861 – 1865) luka yang terdapat pada anggota tentera seakan berwarna biru dan nampak bercahaya. Anggota tentera yang mempunyai luka sebegini peluang untuk sembuh adalah baik, ianya disebut ‘Angel’s Glow’. Akhir-akhir ini ditemui cahaya ini boleh muncul dengan adanya bakteria yang hidup pada nematoda (sejenis cacing mikro) yang boleh menghasilkan antibiotik.



Sumber : Ma-Zeer Blog