Home Ma-Zeer 30 Fakta Menarik Disebalik Filem Rock Oo! Arahan Mamat Khalid

30 Fakta Menarik Disebalik Filem Rock Oo! Arahan Mamat Khalid

592
0
SHARE



1. Watak Jijo dalam filem pertama trilogi “Rock” (2005) ” Rock Ooo” (2013) dan “Rock Bro” (2016) diilhamkan pengarahnya Mamat Khalid berdasarkan kisah pemain gitar kumpulan Drop Out.

2. Mamat sendiri menganggotai kumpulan Drop Out bersama Jijo yang ditubuhkan pada 1980, sebagai pemain keyboard.

3. Jijo Alfonso Pareira Abdullah ( sebelum ini penganut kristian ) memeluk islam selepas berkecimpung dalam dunia rock jika di perhatikan lirik lagu rock Melayu lebih berunsurkan ketuhanan dan mengenal diri.

4. Jijo Alfonso Pareira Abdullah di lahirkan pada 1963 dan meninggal dunia pada 1994.

5. Watak budak hingusan yang bermesra dengan Ella adalah merujuk kepada Yusri KRU.

6. Babak kumpulan Rap 4URU merujuk kepada kumpulan 4U2C.

7. Watak Zul Kapan dengan gaya rap merujuk kepada AC Mizal.

8. Watak Ramlah Ram (Jehan Muse) merujuk kepada Ramlah Ram pada AJL 1988.

30 Fakta Menarik Disebalik Filem Rock Oo! Arahan Mamat Khalid

9. Babak menggunakan pemuzik undangan dalam merakamkan album di studio tanpa menggunakan pemuzik sendiri ( semasa Jijo merajuk dengan Hattan ) adalah merujuk kepada Kumpulan Blackrose (artis majalah). Lihat live lagu Penantian dalam AJL 1991 adalah berbeza dengan kaset.

10. TV3 adalah pentas dunia mainstream bagi kumpulan rock ketika itu kerana RTM mengharamkan muzik rock.

11. Watak Zul Kapan yang lembut itu merujuk kepada Azwan Ali dan Mama Juwie kerana mereka berdua bayak terlibat dalam dunia rock seperti penulis lirik dan pencipta lagu, wartawan dan pengacaraan walaupun mereka bukan rockers.

12. Babak pelajar UITM bertemu dengan Zack ( Esma Daniel ) untuk mengkaji sejarah rock adalah merujuk kepada Promoter Rock terkenal Ali Bakar ( bekas suami Sharifah Aini ) yang pernah di temuramah oleh pelajar Universiti pada awal 2000 an.

13. Babak Zul Kapan menyertai kumpulan ajaran sesat adalah merujuk kepada Lee Space iaitu pemain drum XPDC dan DEF GAB C.

14. Babak Jijo memarahi kerajaan semasa di dalam van adalah merujuk kepada syarat ketat kerajaan ketika itu terhadap artis rock yang ingin berambut pendek , menukar nama kumpulan yang lebih kemelayuan dan mengurangkan lagu heavy dalam album.

15. Muzik Rap lah yang menjatuhkan irama rock.

16. Babak kemalangan sambil berlatarkan lagu Pusara Di Lebuhraya – Ekamatra adalah merujuk kepada kisah tragik popular kemalangan ngeri melibatkan konvoi trak Polis FRU di lebuh raya Karak pada 28 Feb. 1990 yang mana pada ketika itu lagu Pusara Di Lebuh Raya sedang popular dan di kaitkan dengan tragedi itu sehingga sekarang akan di kaitkan pula dengan kemalangan pada hari cuti perayaan.

30 Fakta Tersembunyi Disebalik Filem Rock Oo! Yang Cuba Disampaikan Mamat Khalid

17. Watak Slash yang kecewa dengan dunia rock di kaitkan dengan pemain gitar kumpulan The Boys ( Ella dan Shima ) iaitu Lord.

18. Ella lambat berkahwin adalah berpunca daripada kekecewaan cinta yang tidak kesampaian.

19. Lagu tema filem ini ‘ Sekelip Mata Kau Berubah – Lestari ‘ popular pada tahun 1993 menunjukkan penamat pada muzik ‘rock kangkang’ sebelum memasuki era pop balada ( Slam dan Ukays ).

20. Man Kidal Lefthanded adalah pemuzik yang paling bayak cover lagu – lagu rock termasuk la lagu kumpulan Cromok.

21. Lagu – lagu rock melayu yang poular hingga kini adalah ada antaranya di ciplak dari lagu – lagu barat.

22. Lagu – lagu rock pada ketika itu menapat tempat di negara Indonesia , Singapura dan Brunei serta sesetengah negara barat.

23. Lagu Isabella – Search adalah di cipta oleh M. Nasir tetapi di ubah kepada Search ( pencipta ) untuk melayakkan lagu itu ke pertandingan Juara Lagu 1989 kerana M. Nasir pada ketika itu masih lagi rakyat Singapura dan tidak layak lagunya untuk di pertandingan kerana beliau bukan komposer tempatan.

24. Pertandingan Battle Of The Bands 1986 adalah bermulanya era rock kangkang di Malaysia yang lebih ke arah heavy metal berbanding Sweet Charity lebih kepada rock classic 70an.

30 Fakta Tersembunyi Disebalik Filem Rock Oo! Yang Cuba Disampaikan Mamat Khalid

25. Perkataan ‘bro’ yang merujuk kepada ‘ brother’ atau ‘ brader’ telah wujud pada awal 90an lagi tetapi kerap di gunakan oleh budak – budak Rap (rujuk novel Budak Rap dan filem Litar kasih 1996).

26. Asal usul perkataan rock kapak adalah dari ucapan rockers semasa bermula konsert iaitu ” lu orang mau rock ka, pa?? ” bermaksud ” kamu semua mahu rock ke, apa?” Lama kelamaan menjadi ‘rock ka pa’ dan seterusnya ROCK KAPAK.

27. Zaman dulu tak panggil rock kapak tetapi rock kangkang kerana artisnya terkangkang sambil bermain gitar , menyayi dan possing majalah.

28. Negeri Perak banyak menghasilkan kumpulan rock yang lebih heavy dan negeri Johor banyak menghasilkan kumpulan rock yang lebih polular.

29. Pengambaran di jalankan di sekitar Bandaraya Ipoh dan Taiping.

30. Dalam trilogi filem rock, filem rock yang pertama ialah sentuhan terbaik Mamat Khalid.

30 Fakta Tersembunyi Disebalik Filem Rock Oo! Yang Cuba Disampaikan Mamat Khalid




Sumber : Ma-Zeer Blog