Home Ma-Zeer 9 Selebriti Antarabangsa Ini Hidup Secara ‘Low Profile’ Dan Tidak Menunjuk-Nunjuk

9 Selebriti Antarabangsa Ini Hidup Secara ‘Low Profile’ Dan Tidak Menunjuk-Nunjuk

124
0
SHARE



Selebriti-selebriti Hollywood sering disinonimkan dengan kehidupan yang mewah serta memiliki rumah yang besar, kereta yang mahal atau pakaian yang berjenama. Dalam erti kata lain, kehidupan mereka sangat berbeza berbanding orang biasa seperti kita.

Namun, terdapat juga beberapa selebriti yang telah memecah tradisi kehidupan mewah yang sering dikaitkan dengan mereka.

9 Selebriti Antarabangsa Ini Hidup Secara ‘Low Profile’ Dan Tidak Menunjuk-Nunjuk

Ini adalah antara 11 selebriti terkenal yang mengamalkan cara hidup sederhana:

1. Keanu Reeves

9 Selebriti Antarabangsa Yang Hidup Secara ‘Low Profile’ Dan Tidak Menunjuk-Nunjuk

Nama pelakon ini tidak asing lagi bagi kita kerana sering membawa watak utama dalam filem kegemaran seperti Matrix dan John Wick. Walaupun mempunyai harta yang banyak hasil dari lakonan, Keanu Reeves tetap memilih untuk hidup bersederhana seperti menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak dan memakai pakaian yang biasa. Bukan itu sahaja, malah beliau juga menetap hanya di rumah flat!

2. Arnold Schwarzenegger

9 Selebriti Antarabangsa Yang Hidup Secara ‘Low Profile’ Dan Tidak Menunjuk-Nunjuk

Abang Terminator ini juga merupakan salah satu selebiri bertaraf antarabangsa yang sangat rendah diri dan tidak boros. Pada tahun 2004, seorang saksi terlihat Arnold sedang menyelamatkan seorang budak yang hampir lemas. Namun, Arnold langsung tidak menceritakan insiden tersebut kepada wartawan.

3. Hayden Christensen

9 Selebriti Antarabangsa Yang Hidup Secara ‘Low Profile’ Dan Tidak Menunjuk-Nunjuk

Pelakon yang membawa watak sebagai Anakin Skywalker a.k.a Darth Vader di dalam filem Star Wars ini juga merupakan seorang yang sangat rendah diri, walaupun memiliki harta yang banyak pada usia 35 tahun. Baru-baru ini, dikatakan Hayden telah berpindah ke negara asalnya, Canada dan bekerja di ladangnya sendiri.

4. Russell Crowe

9 Selebriti Antarabangsa Yang Hidup Secara ‘Low Profile’ Dan Tidak Menunjuk-Nunjuk

Siapa sangka pelakon yang mempunyai permintaan paling tinggi di Amerika Syarikat ini menolak tawaran untuk duduk di rumah agam yang mewah seperti selebriti yang lain. Sebaliknya, beliau hanya menetap di kawasan sekitar ladangnya di Australia.

5. Tyra Banks

9 Selebriti Antarabangsa Yang Hidup Secara ‘Low Profile’ Dan Tidak Menunjuk-Nunjuk

Ramai yang menyangkakan bekas supermodel yang kerap mengacara rancangan America’s Next Top Model ini hidup bermewah-mewahan seperti supermodel yang lain. Sebaliknya, Tyra Banks lebih gemar hidup tanpa mengenakan pakaian yang mahal sambil makan di restoran yang biasa-biasa sahaja.

6. Jennifer Garner

9 Selebriti Antarabangsa Yang Hidup Secara ‘Low Profile’ Dan Tidak Menunjuk-Nunjuk

Jennifer atau kita kenali sebagai Alias ini sudah terkenal dengan sifatnya yang sangat rendah diri sejak dari dulu lagi. Selain dari mengenakan pakaian yang simple, beliau juga kerap membeli barang dapur di pasar atau pasaraya yang berdekatan.

7. Boris Johnson

9 Selebriti Antarabangsa Yang Hidup Secara ‘Low Profile’ Dan Tidak Menunjuk-Nunjuk

Boris Johnson merupakan salah seorang menteri Great Britain, yang hanya menggunakan basikal untuk ke pejabat setiap hari. Selain itu, beliau juga sedang mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai untuk turut mengikut contoh yang murni ini bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kota London.

8. Ingvar Kamprad

9 Selebriti Antarabangsa Yang Hidup Secara ‘Low Profile’ Dan Tidak Menunjuk-Nunjuk

Pengasas IKEA ini sering menunjukkan kehidupannya yang sederhana, seperti membeli pakaian yang tidak berjenama, masih menggunakan kereta Volvo buruknya dan memilih kelas ekonomi semasa menaiki pesawat.

Kehidupan Ingvar Kamprad ini dikagumi oleh semua orang, sehingga ada yang menggelarkan beliau sebagai ‘jutawan paling sederhana’

9. Mark Zuckerberg

9 Selebriti Antarabangsa Yang Hidup Secara ‘Low Profile’ Dan Tidak Menunjuk-Nunjuk

Pengasas Facebook ini telah menjadi idola kepada remaja sepanjang masa, kerana memiliki harta yang sangat banyak di usia yang muda. Walaupun kekayaan Mark mampu untuk membeli pakaian yang paling mahal setiap hari, namun beliau tetap memilih baju tanpa kolar dengan berseluar jeans sebagai pakaian hariannya.



Sumber : Ma-Zeer Blog