Home Ma-Zeer Bakal Bernikah Di Mekah, Fattah Amin Dan Fazura Dikhabarkan Sudah Bertunang Semalam?

Bakal Bernikah Di Mekah, Fattah Amin Dan Fazura Dikhabarkan Sudah Bertunang Semalam?

51
0
SHARE



Gosip cinta mengaitkan Fattah Amin dan Fazura agak lama juga diperkatakan, namun kedua-dua pihak seolah bermain tarik tali dengan media dan peminat. Berteka-teki tanpa ada kepastian membuatkan khalayak semakin bertambah rasa ingin tahu.

Bakal Bernikah Di Mekah, Fattah Amin Dan Fazura Dikhabarkan Sudah Bertunang Semalam?

Laporan Harian Metro awal pagi tadi melaporkan satu majlis tertutup diadakan di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya semalam dengan hiasan seperti majlis kahwin sehingga menimbulkan tanda tanya.

Fattah Amin Dan Fazura Dikhabarkan Sudah Bertunang Semalam Dan Bakal Bernikah Di Mekah. Betul Ke?

Sedar ada wartawan, pintu pagar ditutup

Bakal Bernikah Di Mekah, Fattah Amin Dan Fazura Dikhabarkan Sudah Bertunang Semalam?

Wartawan Harian Metro yang sudah sampai seawal jam 8 di rumah berkenaan selepas dimaklumkan bahawa pasangan Fattzura ini akan dinikahkan. Bagaimanapun, menyedari kehadiran wartawan, adik dan pembantu peribadi Fazura mengawal ketat pintu masuk dan kemudiannya menutup pintu pagar.

Pengurus enggan komen lanjut

Fattah Amin Dan Fazura Dikhabarkan Sudah Bertunang Semalam Dan Bakal Bernikah Di Mekah. Betul Ke?

Pengurus Fattah, Acha enggan mengesahkan perkhabaran kesahihan berita mengenai majikannya itu. Namun dia mengatakan mereka bersiap untuk berlepas mengerjakan umrah pagi ini.

Nantikan saja sekiranya ada pengumuman dan kenyataan rasmi daripada pihak Fattah. Sejak semalam, saya menerima beratus panggilan telefon mengenai hal ini. Sekarang, kami sedang berkemas barang keperluan untuk mengerjakan umrah.

Dekorasi putih jadi tanda tanya

Fattah Amin Dan Fazura Dikhabarkan Sudah Bertunang Semalam Dan Bakal Bernikah Di Mekah. Betul Ke?

Acha yang pada mulanya menafikan sebarang majlis berlangsung di kediaman itu bagaimanapun muncul dengan berjubah putih. Malahan tinjauan wartawan mendapati dekorasi khemah juga dihiasi dengan hiasan berwarna putih seperti majlis perkahwinan.

Bakal bernikah di Tanah Suci Mekah?

Fattah Amin Dan Fazura Dikhabarkan Sudah Bertunang Semalam Dan Bakal Bernikah Di Mekah. Betul Ke?

Sumber memberitahu mereka sudah bertunang dalam majlis sama dan bakal dinikahkan di hotel dalam tempoh mereka berumrah.

Jika benar, tahniah in advance untuk Fattah dan Fazura dari kami!



Sumber : Ma-Zeer Blog