Home Ma-Zeer “Barua! Sekali lagi wa hentam sama lu tau! Hang jangan main-main! Ini...

“Barua! Sekali lagi wa hentam sama lu tau! Hang jangan main-main! Ini Malaysia tau!”

28
0
SHARE



GEORGE TOWN, PULAU PINANG – Viral di media sosial video seorang pemandu bas pekerja memarahi dan memukul dua orang pekerja warga asing dipercayai warganegara Nepal yang didakwa bersikap kurang ajar.

Video yang dimuat naik oleh Dek Yuna di akaun Facebook (dipercayai berlaku di Paya Terubong) mendakwa, pemandu bas terbabit tidak puas hati dengan pekerja asing berkenaan yang meminta menghidupkan penghawa dingin.

“Barua! Sekali lagi wa hentam sama lu tau! Hang jangan main-main! Ini Malaysia tau!"

“Bas terhenti, pekerja minta buka icon Ac (penghawa dingin). Driver tak puas hati, bagi penumpang turun dan call member bagi hantam.

“Driver tak kisahlah (orang) tempatan kah, luar, pakailah hati, jangan main hakim sendiri,” tulisnya yang meminta rakan-rakannya menviralkan video kejadian itu.

Difahamkan, perkhidmatan bas pekerja itu dibayar oleh para pekerja, bukannya dibayar oleh pihak pengurus atau majikan pekerja berkenaan.

Berdasarkan video, lelaki berbaju biru memarahi seorang pekerja warga asing dengan memberi amaran agar jangan bermain-main dengannya, lebih-lebih lagi bila berada di Malaysia kerana dia boleh membunuh pekerja berkenaan.

"Lu jangan main-main, ini Malaysia tau?! Wa boleh bunuh lu tau?!"

“Barua! Sekali lagi wa hentam sama lu tau! Hang jangan main-main! Ini Malaysia tau! Wa boleh bunuh lu tau! Jangan main-main aa!! Jangan kurang ajar!

“Sekoq lagi mana lu punya kawan?! Hang punya kawan mana??!! Lu jangan main-main sini aa! Sekarang tak puas hati, pukui! Lu cakap baik-baik! Pukimak la cakap baik-baik!” kata lelaki berkenaan sebelum membelasah seorang lagi pekerja warga asing dengan helmet.

"Lu jangan main-main, ini Malaysia tau?! Wa boleh bunuh lu tau?!"

Ketika kejadian, ramai pekerja warga asing yang lain hanya mampu melihat sahaja. Namun kedengaran suara lelaki yang meminta pengurus pekerja berkenaan dipanggil untuk meredakan keadaan.

“Pakcik janganlah macam itu, janganlah main hakim sendiri. Mana boleh macam itu,” rayu perakam.

"Lu jangan main-main, ini Malaysia tau?! Wa boleh bunuh lu tau?!"

Lelaki yang sama kemudian mengarahkan para pekerja yang lain beredar dari kawasan tersebut. Rakan lelaki terbabit yang menyedari wanita berkenaan merakam kejadian itu kemudian cuba merampas telefonnya.

"Lu jangan main-main, ini Malaysia tau?! Wa boleh bunuh lu tau?!"

Sumber: thereporter.my



Sumber : Ma-Zeer Blog