Home Ma-Zeer Dikritik Asyik Melancong, Jawapan Nazim Othman Tutup Mulut Haters

Dikritik Asyik Melancong, Jawapan Nazim Othman Tutup Mulut Haters

49
0
SHARE



Pelakon Nazim Othman dan Bella Dally khabarnya kini sedang melancong di Phuket Thailand. Memang syoklah tengok mereka berdua ini kan? Kami dekat sini pun rasa nak terbang ke Phuket sekali. Apa salahnya sekali sekala melancong untuk melepaskan tekanan, lain orang lain caranya.

Bagi pasangan ini, mereka memilih untuk berjalan mengenali dunia sebagai ‘self reward’ setelah penat bekerja. Tetapi ada pula yang mempertikaikan, ‘si Nazim dah sendu sangat ke asyik berjalan je?’. Ini respon Nazim Othman.

Dikritik Asyik Melancong, Jawapan Nazim Othman Tutup Mulut Haters

‘Si Nazim tu takde keja lain, bercuti je dia’

Dipersoal Selalu Melancong, Jawapan Nazim Othman Tutup Mulut Pengkritik
"Si Nazim Tu Dah Sendu Takde Job Ke?" - Dipersoal Selalu Melancong, Jawapan Nazim Othman Tutup Mulut Pengkritik

Salam, hai korang

Ada yang cakap, “si Nazim tu takde keja lain, bercuti je dia””eh cantik la tempat si Nazim tu pegi. Mesti mahal””si Nazim tu dah sendu takde job ke? Asyik berjalan je?”

Alhamdulillah rezeki masih lancar kurniaanNya. Sekarang tengah dalam proses shooting drama 80 episod , MONALISA , adaptasi drama Korea, The Women’s Room. InsyaAllah akan mula bersiaran di slot Tiara, Astro Prima bermula Februari 2018.

‘Saya ni mat google, tak semestinya kos mahal’

"Si Nazim Tu Dah Sendu Takde Job Ke?" - Dipersoal Selalu Melancong, Jawapan Nazim Othman Tutup Mulut Pengkritik


Pastu? Banyak pulak masa berjalan?

Drama panjang ala sinetron ada ramai pelakon, makanya ada scenes tak melibatkan saya, so cuti la kan?

Pastu? Buang duit berjalan?

Sayang, saya memang kuat travel dari umur 19 tahun lagi. Masa tu backpacking je. Travel naik train, habiskan masa perjalanan yang panjang sampai badan lesu. Tight budget. Remaja. Ko rasa?

Sekarang boleh la berjalan dengan selesa, tapi tak la mewah dan semahal yang disangka. Saya ni Mat Google. Semua benda saya google. Informasi di hujung jari. Takkan nak google gossip je kan? Bila kita bijak menggunakan teknologi, kita akan dapat banyak info berguna termasuklah dalam konteks bercuti.

Kalau kita rajin google, banyak deal menarik untuk berjalan. Kekadang jauh lebih berbaloi book direct menerusi website resort/ hotel yang korang suka berbanding melalui booking.com, agoda atau travel agency. Rancang perjalanan awal. Tiket lagi murah, harga penginapan pun tak semahal book last minute.

‘Selagi sihat dan mampu, berjalanlah’

Dipersoal Selalu Melancong, Jawapan Nazim Othman Tutup Mulut Pengkritik
"Si Nazim Tu Dah Sendu Takde Job Ke?" - Dipersoal Selalu Melancong, Jawapan Nazim Othman Tutup Mulut Pengkritik

Pastu? Duit bekerja habiskan dengan percutian ke?

Alalalah..~ adalah jugak simpanan untuk hari mendung lepas tolak bayar segala bil dan jugak cukai pendapatan kat LHDN.

Pastu? Kan lagi elok duit yang digunakan masa jenjalan tu dicampur dengan duit simpanan untuk hari tua? Lagi banyak duit simpanan. Lagi cerah masa depan.

Takpe la, duit simpanan sekarang pun boleh la menyara diri. Kalau takde duit pun mesti cari akal untuk bekerja. Lagipun, lepas sakit sampai kena bedah otak pada tahun 2015 dulu, saya semakin sedar tak kisahlah macam mana grand kita punya plan untuk masa depan, kalau Tuhan kata esok kita sakit atau lepas ni kita mati, kita nak kata apa kan?

Konklusinya, selagi sihat dan sesuai dengan kemampuan, berjalanlah melihat dunia biar terbuka mata dan minda. Yey.



Sumber : Ma-Zeer Blog