Home Ma-Zeer Dr Noordin Ahmad kata stesen angkasa lepas China tak mungkin jatuh ke...

Dr Noordin Ahmad kata stesen angkasa lepas China tak mungkin jatuh ke Malaysia

21
0
SHARE



KUALA LUMPUR: Kemungkinan Stesen Angkasa China Tiangong-1 jatuh di Malaysia sangat rendah, kata Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Dr Noordin Ahmad.

Beliau berkata berdasarkan keluasan negara iaitu 329, 960.22km², kebarangkalian untuk Malaysia menjadi tempat jatuhnya serpihan hanyalah 0.09% dan kebarangkalian untuk Kuala Lumpur yang berkeluasan 243.65km² pula adalah kira-kira 0.0000699% sahaja.

Dr Noordin Ahmad kata stesen angkasa lepas China tak mungkin jatuh ke Malaysia

“Berdasarkan kiraan, luas kawasan dirangkumi 43 darjah utara hingga ke 43 darjah selatan ini, melibatkan banyak negara lain di dunia termasuk Malaysia dan mempunyai keluasan anggaran kira-kira 347,860,000km².

“Selain Malaysia khususnya Kuala Lumpur, kawasan ini turut meliputi Singapura (1.35 darjah utara); Sydney, Australia (33.86 darjah selatan); Florida, Amerika (27.66 darjah utara) dan Beijing, China (39.90 darjah utara),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 14 September 2016, Penolong Pengarah di China Manned Space Engineering (CMSE), Wu Ping mengumumkan stesen angkasa yang dilancarkan pada 29 September 2011 itu akan jatuh ke atmosfera bumi hujung tahun ini selepas misi selama 6 tahun.

‘Tak mungkin stesen angkasa lepas China jatuh ke Malaysia’ - Dr Noordin Ahmad
Tiangong-1

Noordin berkata berdasarkan nota pihak China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kebanyakan komponen dan struktur daripada Tiangong-1 akan musnah terbakar semasa geseran dengan atmosfera dan kebarangkalian serpihan itu mendatangkan kerosakan terhadap aktiviti di bumi termasuk penerbangan sangat rendah.

Beliau berkata melalui nota itu juga, China memaklumkan bahawa aktiviti pemantauan dan ramalan akan ditingkatkan serta ramalan masa ”re-entry” akan disiarkan.

Maklumat lanjut juga akan diperoleh daripada Jawatankuasa Koordinasi Serpihan Angkasa Lepas Antara Agensi dan status orbit serta sebarang maklumat berkaitan akan disiarkan pada laman sesawang http://www.cmse.gov.cn/, katanya.

‘Tak mungkin stesen angkasa lepas China jatuh ke Malaysia’ - Dr Noordin Ahmad
Dr Noordin Ahmad

Beliau berkata ramalan akhir berkenaan masa dan tempat jatuhnya Tiangong-1 akan dimaklumkan oleh pihak China untuk perhatian Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBBr (UNOOSA) dan Setiausaha Agung PBB.

“Penyusutan stesen Angkasa Tiangong-1 ini sedang diperhatikan dan dipantau secara teliti oleh pelbagai agensi angkasa seperti ESA, Nasa, Jaxa dan CNSA. Angkasa yang mempunyai hubungan rapat dengan agensi-agensi ini juga sentiasa memantau perkembangan ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Noordin berkata bagi tempoh jangkaan jatuh ini, Angkasa akan membuat pemantauan harian altitud Tiangong-1 dan akan membuat makluman lanjut kepada orang awam apabila diperlukan.



Sumber : Ma-Zeer Blog