Home Ma-Zeer Gol Baddrol Bakhtiar Bakal Masuk Anugerah Puskas Award 2018?

Gol Baddrol Bakhtiar Bakal Masuk Anugerah Puskas Award 2018?

63
0
SHARE



Bila sebut sahaja nama Baddrol Bakhtiar kepada peminat bola sepak tanah air tidak perlu lagi diperkenalkan secara terperinci mengenai nama ini. Majoriti sudah kenal siapa empunya nama itu.

Baddrol Bakhtiar merupakah pemain bola sepak terkenal dari pasukan Kedah FA. Namanya disebut-sebut sebagai pengatur serangan utama bagi pasukan Kedah.

Selain bermain di pasukan Kedah beliau turut menjadi tonggak utama pasukan kebangsaan, Malaysia.

Gol Baddrol Bakhtiar Bakal Masuk Anugerah Puskas Award 2018?

Baddrol mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan kelayakan Belia Asia pada tahun 2005. Malaysia berjaya menumpaskan Myanmar 4-2 dan layak bermain di Bangalore, India pada tahun 2006.

Bagaimanapun, penampilan pertama Baddrol dalam kejohanan Belia Asia bermula dengan langkah kiri apabila dia menjaringkan gol sendiri semasa menentang Vietnam.

Baddrol turut bermain di kejohanan Piala Juara Belia. Permainan yang ditunjukkannya semasa menentang Chelsea menarik minat kelab itu untuk membawanya ke Stamford Bridge.

Terbaru, ada desas desus mengatakan jaringan gol yang dibuat oleh Baddrol Bakhtiar ini bakal dimasukkan ke anugerah Puskas Award 2018. Benarkah? Jom lihat video di bawah ini.






Mampukah sekali lagi Malaysia mencipta nama dipersada dunia setelah sebelum ini Faiz Subri berjaya memenangi anugerah itu pada tahun 2016?





Sumber: blogammar.com



Sumber : Ma-Zeer Blog