Home Ma-Zeer Inilah 10 Band Muzik Yang Memperjuangkan Muzik Memuja Syaitan

Inilah 10 Band Muzik Yang Memperjuangkan Muzik Memuja Syaitan

45
0
SHARE


Satanisme ini pertama kali di popularkan oleh Anton LaVey dan keluarganya, beliau membuat sebuah buku yang ia karang berdasarkan Mimpinya ketika bertemu dengan syaitan dan dia menulis sebuah buku kitab yang di sebut Satanic Bible, Buku ini bertentangan dengan semua agama di dunia kerana mempertuhankan Syaitonnn.


Mengikut rekod, inilah 10 band-band muzik yang memperjuangkan muzik pemujaan Syaitan yang pernah dikenali di seluruh dunia dan mungkin masih popular sehingga kini.

Inilah 10 Band Muzik Yang Memperjuangkan Muzik Memuja Syaitan

BAND-BAND MUZIK YANG MEMUJA SATANISME

Acheron 

10 Band-Band Muzik Yang Memuja Satanisme

Band yang ditubuhkan pada tahun 1988 oleh Pendeta Vincent Crowley di Tampa, Florida. Kemudiannya bergabung pulak dengan Peter H. Gilmore, Master Gereja Syaitan. Untuk pertama kalinya, band ini mengeluarkan album yang berjudul “Messe Noir”. Album limited edition ini juga terang – terang mempunyai aliran satanic, Acheron membuat album ini hanya untuk 666 cetakan.

Band ini sekali lagi mengemparkan dunia muzik dengan menerbitkan album kedua mereka yang berjudul ‘Rites of the Black Mass’ pada tahun 1991 . Pada album tersebut, setiap lagu-lagunya mengandungi ayat-ayat yang ada pada ‘Satanic Bible’ serta menggunakan gaya seperti Gothik dan gitar solo yang membuatkan lagu-lagu mereka meninggalkan kesan pada dunia “Kegelapan”. Lagu-lagu mereka terang-terang berfilosofikan “Satanic”.

Messe Noir (1988), Rites of the Black Mass (1991), Alla Xul (1992), Satanic Victory (1992), Lex Talionis (1992), Anti-God, Anti-Christ (1996), Those Who Have Risen (1997), Necromanteion Communion (1998), Compendium Diablerie : The Demo Days (2001).

Angelcorpse 

10 Band-Band Muzik Yang Memuja Satanisme

Juga termasuk band yang menganut aliran Satanisme . band ini ditubuhkan pada tahun 1995 oleh Pete Helmkamp dan bekas ahli band Orde From Chaos. 

Angelcorpse berasal dari Kansas City, tapi mereka pindah ke Tampa Florida (yang merupakan daerah penganut Satanisme) di Amerika. Musik mereka bertemakan Anti-Christ dan peperangan. Pada tahun 1995 dan 2007 Band ini melakukan persembahan ke Eropah untuk mendukung band-band beraliran satanisme yang ada.

Pete Helmkamp, menulis buku yang berjudul ‘The Conqueror Manifesto.’ menurutnya , isu-isu tentang “In the spirit of Crowley’s ” dan pandangan tentang “Antichrist” adalah merupakan satu kebenaran. Dalam bukunya Pete juga menulis, manusia patut berusaha agar boleh naik ke Quest terhadap Plateau dari Invincibility dan mencapai Godhood (Homodeus). Ntah apa maksud.. Korang cari sendiri..

Dimmu Borgir 

10 Band-Band Muzik Yang Memuja Satanisme

Band ini adalah Band Black Metal yang berasal dari Oslo, Norway, ditubuhkan pada 1993 oleh Shagrath, Silenoz, dan Tjodalv. Band ini menerbitkan demo yang pertama bertajuk “Inn i evighetens mørke” pada tahun 1994, kemudiannya menyiapkan seluruh Track pada album For All Tid (1994). 

Mereka sering memainkan aliran Symphonic Black Metal, Black Metal, Ritual Black Metal, dan Deathy Metal. Tema-tema yang dipersembahkan dalam lirik lagu-lagunya hampir sama dengan Cradle Of Filth, iaitu tentang pemujaan Setan, Ritual, dan Peperangan.

For all tid (1994), Stormblåst (1996), Enthrone Darkness Triumphant (1997), Spiritual Black Dimensions (1999), Puritanical Euphoric Misanthropia (2001), Death Cult Armageddon (2003), Stormblåst MMV (2005) In Sorte Diaboli (2007).

Arch Goat 

10 Band Muzik Yang Memuja Satanisme

Merupakan band satanic yang berasal dari Finland. Album pertama mereka diterbitkan pada tahun 1992 yang berjudul “Jesus Spawn”. Sebuah album yang di dalamnya penuh dengan penghujahan dan persoalan kepada Tuhan. Style dan gaya Band ini mirip dengan Angelcorpse, iaitu anti Christ serta banyak memainkan Filosophy Satanic. Band ini juga kadang-kadang memainkan muzik Ritual

Blasphemy

10 Band Muzik Yang Memuja Satanisme

Band Satanic seterusnya adalah band Black Metal yang berasal dari Kanada, ditubuhkan di Burnaby pada tahun 1984 oleh seseorang yang juga bernama Blasphemy. Album mereka yang pertama adalah “Blood upon the Altar” pada tahun 1989, merupakan album yang berisi penghujahan kepada Tuhan. Band ini juga pernah melakukan persembahan di Jerman 

Dalam lirik dan persembahannya, Band ini banyak menggunakan tema-tema yang berhubungan dengan pagan, mitologis dan lirik-lirik Anti Christ

Behemoth 

10 Band Muzik Yang Memuja Satanisme

Band Black Metal yang berasal dari Poland ini ditubuhkan pada 1991. Band ini memainkan muzik dengan tema Satanic dan melakukan ritual serta pemujaan kepada Berhala. Band ini juga memainkan aliran muzik Death Metal, ada juga yang menyebutnya sebagai Avantgrade Metal dan Pagan Metal. Namun aliran yang sebenarnya dari band ini masih diragukan, kerana band ini lebih suka tidak dilabelkan dalam genre apapun.

And the Forests Dream Eternally (EP) (1995), Sventevith (Storming Near the Baltic) (1995),Grom (1996), Bewitching the Pomerania (EP) (1997), Pandemonic Incantations (1998), Satanica (1999), Thelema.6 (2000), Antichristian Phenomenon (EP) (2001), Zos Kia Cultus (Here and Beyond) (2002), Conjuration (EP) (2003), Demigod (2004), Slaves Shall Serve (EP) (2005), The Apostasy (2007), Ezkaton (EP) (2008), Evangelion (2009).

Arch Enemy 

10 Band Muzik Yang Memuja Satanisme

Merupakan band Melodic Death Metal yang berasal dari Sweden. Band ini menerbitkan album pertamanya pada tahun 1996 yang berjudul “Black Earth”. Style band ini sangat mengagumkan, setiap track pada albumnya penuh dengan Melodi Gitar yang digabung dengan suara volkalis perempuan (Angela Gossow) yang membuatnya begitu berkesan.

Isu-isu yang dibangkitkan dalam lagu-lagunya adalah hal-hal mengenai pemujaan syaitan, neraka, dan anti-christ . Selain itu, pengurus band ini berasal dari bekas Pemain band metal sebelumnya, seperti band Carcass dan Yohanes Liva.

Black Earth (1996), Stigmata (1998), Burning Bridges (1999), Wages of Sin (2001), Anthems of Rebellion (2003), Doomsday Machine (2005), Rise of the Tyrant (2007).

Beherit 

10 Band Muzik Yang Memuja Satanisme

Berasal dari di Finland dan ditubuhkan pada tahun 1989. Beherit bermaksud “syaitan” dalam bahasa Syria, Musik mereka bertemakan kebiadapan, anti-agama, kehancuran, dan pujian kepada syaitan. Band ini terkenal kerana gaya ambient yang dimainkan, band ini juga memainkan genre hardcore 

The Oath of Black Blood (1991), Drawing Down the Moon (1993), Dawn of Satan’s Millennium (1991), Werewolf, Semen and Blood (1998), Messe Des Morts (1994), Beast of Beherit – Complete Worxxx (1999).

Burzum 

10 Band Muzik Yang Memuja Satanisme

Burzum merupakan band BlackMetal yang dibentuk oleh Varg Vikernes, pada tahun 1991 di Bergen, Norway. Merupakan sebuah band yang sangat gemar melakukan huru-hara dan kehancuran. Selain itu, band ini juga sering membuat lagu yang bertemakan anti-Christ.

Pada tahun 1993 Vokalis Burzum, Varg dijatuhkan hukuman atas pembunuhan dan disahkan bersalah kerana mencuba untuk membakar gereja di Norway

Burzum (1992), Det som engang var (1993), Hvis lyset tar oss (1994), Filosofem (1996), Dauði Baldrs (1997), Hliðskjálf (1999), Antologi (2002)

Cradle Of Filth

10 Band Muzik Yang Memuja Satanisme

Band yang beraliran Black Metal-Satanic berasal dari England ditubuhkan pada tahun 1992, dengan penyanyi utama Dani Filth.

Band ini Merupakan Band yang sangat erat kaitanya dengan Sihir, Mitologi, dan hal-hal yang berkaitan dengan “kekotoran”. 

Selain menyanyikan alunan muzik Black Metal, band ini juga memainkan aliran Dark Metal , Death Metal , Vampyric Metal , Satanic Metal dan juga Symphonic Black Metal… Pergh.. Banyak lagi percahan metal rupanya !

Aliran band ini telah banyak berubah sejak mula dibentuk. Pada awalnya Death Metal yang dijuangkan, namun seiring dengan waktu berubah menjadi Black metal , dan yang terakhir Beraliran Ghotic yang sangat jelas pada lagu ”Nymphetamine”.

Pencapaian besar yang pernah diraih oleh band ini adalah merupakan band yang paling terkenal di British selepas Iron Maiden.

The Principle of Evil Made Flesh (1994), Dusk… and Her Embrace (1996), Cruelty and the Beast (1998), Midian (2000), Damnation and a Day (2003), Nymphetamine (2004), Thornography (2006), Godspeed on the Devil’s Thunder (2008).

Jom kita layan antara lagu Cradle Of Filth yang mendapat perhatian dunia.


Sumber: Serombong Kapal



Sumber : Ma-Zeer Blog