Home Ma-Zeer Inilah 9 Filem Seram Terkenal Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Inilah 9 Filem Seram Terkenal Adaptasi Dari Kisah Sebenar

82
0
SHARE



Sejak dari dulu lagi, masyarakat kita gemar menonton filem-filem yang berunsurkan seram. Ini mungkin kerana mereka mempunyai sifat yang ingin tahu tentang perkara-perkara mistik.

Namun, ramai yang tidak tahu terdapat beberapa filem genre seram ini rupanya berdasarkan daripada kisah sebenar.

Inilah 9 Filem Seram Terkenal Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Berikut merupakan antara 10 filem-filem seram terke)nal yang diadaptasikan daripada kisah benar:

1. The Exorcism Of Emily Rose (2005)

9 Filem Seram Terkenal Yang Berdasarkan Kisah Benar

Filem ini berdasarkan kisah yang berlaku pada tahun 1968, dinama seorang remaja dikenali sebagai Anneliese, telah dirasuk syaitan. Dikatakan salah satu rakaman audio di dalam babak filem tersebut merupakan rakaman asal yang telah direkodkan semasa upacara menghalau syaitan itu dilakukan.

2. The Exorcist (1973)

9 Filem Seram Terkenal Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Filem The Exorcist ini berdasarkan buku yang mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama Roland Doe yang dirasuk syaitan pada tahun 1949. Insiden yang berlaku itu menyebabkan penduduk sekeliling hidup dalam ketakutan, sehinggakan ada yang telah membukukan peristiwa mengerikan tersebut.

3. The Texas Chainsaw Massacre (1974)

9 Filem Seram Terkenal Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Filem yang mengerikan ini sebenarnya berdasarkan kisah seorang pembunuh bersiri terkenal, Ed Gein yang menggunakan ‘topeng’ manusia yang dibunuhnya semasa memburu.

4. A Nightmare On Elm Street (2010)

9 Filem Seram Terkenal Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Ramai yang menyangkakan filem ini hanya rekaan. Sebenarnya, filem ini adalah berdasarkan sekumpulan pelarian dari Vietnam yang mati dibunuh dalam mimpi. Menurut pihak medik ketika itu, tiada sebarang kesan pergelutan atau pendarahan dalaman pada tubuh mayat-mayat tersebut.

5. The Amityville Horror (2015)

9 Filem Seram Terkenal Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Kisah ini berdasarkan kejadian paranormal yang berlaku dalam sebuah rumah yang baru didiami oleh keluarga bernama Lutz di Amityville pada tahun 1975.

6. The Possession (2012)

9 Filem Seram Terkenal Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Filem The Possession ini berdasarkan dari kisah sebuah kotak puaka yang dijual di laman Ebay. Katanya, sesiapa sahaja yang memiliki kotak tersebut akan berdepan dengan kejadian paranormal.

7. Anabelle (2014)

9 Filem Seram Terkenal Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Filem ini mengisahkan sebuah anak patung yang berpuaka. Menurut lagenda, seorang anak kecil telah dibunuh dengan kejam, namun rohnya berpindah ke dalam anak patung miliknya. Sesiapa sahaja yang memiliki anak patung tersebut akan berakhir dengan kematian yang tragis.

Menurut laporan, anak patung tersebut kini disimpan di muzium pameran Warren Occult di Amerika Syarikat.

8. The Conjuring (2013)

9 Filem Seram Terkenal Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Filem ini adalah berdasarkan pengalaman sepasang suami isteri yang bekerja sebagai Penyiasat Paranormal. Kes paling berat yang pernah mereka kendalikan adalah kes anak patung Annabelle, dimana terdapat sebuah keluarga yang memiliki anak patung tersebut sering diganggu makhluk halus.

9. The Conjuring 2 (2016)

9 Filem Seram Terkenal Adaptasi Dari Kisah Sebenar

Filem ini juga mengisahkan tentang pengalaman pasangan Penyiasat Paranormal tersebut yang mengendalikan kes Enfield yang berlaku di England pada tahun 1978.



Sumber : Ma-Zeer Blog