Home Ma-Zeer Inilah Fungsi Sebenar Butang F1-F12 Pada Keyboard Komputer Anda

Inilah Fungsi Sebenar Butang F1-F12 Pada Keyboard Komputer Anda

202
0
SHARE



Sekiranya anda masih belum tahu, huruf ‘F’ pada papan kekunci komputer anda bermaksud ‘function’ atau pun fungsi. Kekunci tersebut dinamakan kekunci fungsi di dalam Bahasa Melayu.

Sesuai dengan namanya itu, sudah tentulah setiap kekunci mempunyai fungsinya tersendiri yang benar-benar dapat menjimatkan masa anda.

Inilah Fungsi Sebenar Butang F1-F12 Pada Keyboard Komputer Anda

F1: Memaparkan skrin bantuan untuk hampir semua program komputer

F2: Untuk menukar nama fail

F3: Membuka fungsi pencarian untuk aplikasi yang sedang digunakan

F4: Apabila ditekan dengan butang ‘Alt’ pada masa yang sama, aplikasi atau program yang aktif akan ditutup

F5: Memuat semula atau ‘reload’ laman yang sedang digunakan

F6: Menggerakkan petunjuk ataupun ‘cursor’ ke kawasan URL atau alamat sesawang

F7: Digunakan untuk menyemak ejaan dan tatabahasa

F8: Membuka menu boot ataupun ‘boot menu’ semasa menghidupkan komputer

F9: Memuat semula ataupun ‘reload’ dokumen pada ‘Microsoft Word’ dan menghantar atau menerima email pada ‘Miscrosoft Outlook

F10: Mengaktifkan menu pada aplikasi yang sedang digunakan. Apabila ditekan dengan butang ‘Shift’ pada masa yang sama, fungsinya seperti menekan kanan pada tetikus

F11: Membuka paparan penuh ataupun mengecilkan semula laman melayar internet

F12: Membuka kotak dialog semasa menyimpan dokumen

Inilah Fungsi-Fungsi Butang F1-F12 Pada Keyboard Komputer Sebenarnya
Inilah Fungsi-Fungsi Butang F1-F12 Pada Keyboard Komputer Sebenarnya



Sumber : Ma-Zeer Blog