Home Ma-Zeer Luahan Sayu Hans Isaac Kecewa Tak Jadi Kahwin

Luahan Sayu Hans Isaac Kecewa Tak Jadi Kahwin

59
0
SHARE

Setelah isu rebah di padang golf, Datuk Hans Isaac sekali lagi mendapat perhatian media apabila dilaporkan telah putus dengan tunangnya, Gabrielle Robinson.

Terbaru, Mstar mengesahkan, krisis yang melanda perhubungan Hans dengan tunangnya kebelakangan ini akhirnya menemui jalan pengakhiran apabila pelakon itu membuat keputusan membatalkan hasrat untuk mengahwininya.

Luahan Sayu Hans Isaac Kecewa Tak Jadi Kahwin

Kira-kira, tiga jam lepas, Hans menerusi laman rasmi Instagramnya, telah memuat naik kata-kata seolah menyampaikan dia tidak mahu lagi meneruskan perhubungan bersama seseorang yang masih lagi belum ‘berubah’. Hmm, apa maksud Hans ni?

“Time to move on”

"Time To Move On" - Luahan Hans Isaac Perkahwinan Terpaksa Dibatalkan

Hans yang bersedia untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa, memberitahu portal tersebut bahawa keputusan itu dibuatnya setelah menimbangkan banyak perkara selepas pertunangan mereka pada 29 Februari lepas.

Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 29 Februari awal tahun ini, terpaksa dibatalkan.

Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut.

Berikutan keputusan ini, Hans tampil meminta maaf kepada semua kenalan dan ahli keluarga yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan mendoakan terbaik buatnya.

Ogos lalu, Mstar melaporkan Hans menyangkal dakwaan pertunangannya dengan Gabrielle sudah berakhir susulan tindakan mereka menghapuskan gambar bersama di Instagram.

Sumber : Ma-Zeer Blog