Home Ma-Zeer Luahan Sayu Zarina Zainuddin Isu Anak Dihalau Zul Ariffin

Luahan Sayu Zarina Zainuddin Isu Anak Dihalau Zul Ariffin

806
0
SHARE



‘Keluar! I Don’t Want To See Your Face’ – Anak Zarina Zainuddin Dakwa Dihalau Zul Ariffin?

Bagi yang mengikuti pelakon Zarina Zainuddin, pasti tahu akan anak-anaknya, Azal dan Azil yang menghidap Autisme. Walaupun dilahirkan tidak sempurna, namun ramai netizen yang suka melihat telatah mereka khususnya Azal. Jika dilihat Instagramnya, Azal ini seorang yang suka bermesra dengan artis-artis Malaysia. Malah, artis-artis ini sudi sahaja melayan si Azal ini.

Namun, baru-baru ini heboh di ruangan media sosial video Azal memberitahu dia telah ‘dihalau’ keluar seorang pelakon Malaysia ini. Betul ke?

Luahan Sayu Zarina Zainuddin Isu Anak Dihalau Zul Ariffin

‘Keluar, I don’t want to see your face anymore’


Dalam video dimuatnaik pemilik Ridz Okumura Salon , Azal mendakwa pelakon Zul Ariffin telah memarahinya dan menghalaunya keluar. Namun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran dakwaan Azal itu. Boleh jadi tidak benar dan sahaja dibuat-buat.

Walau bagaimanapun, video itu rata-rata telah membuatkan netizen menyelar tindakan pelakon itu sebagai biadap dan tidak berperikemanusiaan terhadap anak istimewa itu.

Netizen berang

Anak Dakwa Kena Halau Zul Ariffin, Ini Luahan Zarina Zainuddin

Anak Dakwa Kena Halau Zul Ariffin, Ini Luahan Zarina Zainuddin

Anak Dakwa Kena Halau Zul Ariffin, Ini Luahan Zarina Zainuddin

Kami harap dakwaan ini tidak benar memandangkan Zul Ariffin merupakan seorang artis yang terkenal dan mempunyai ramai peminat. Apa-apa pun kita tunggu jawapan daripada Zul sendiri.

Boleh jadi Zul Ariffin lain yang dimaksudkan oleh Azal, entahlah!

“Anak saya lurus bendul tak tahu apa-apa hanyalah seorang peminat..” – Anak Dakwa Kena Halau Zul Ariffin, Ini Luahan Zarina Zainuddin

Kami kagum dengan ketabahan serta pengorbanan Zarina Zainuddin untuk menjaga anak-anaknya yang menghidap penyakit Autisme. Ia memerlukan kesabaran tinggi untuk memenuhi permintaan dan menghadapi emosi anak-anak. Jika dulu Azal pernah menimbulkan kemarahan seorang DJ kerana menghantar mesej berbaur kutukan kepada anaknya, terbaru Azal mendakwa dia telah dihalau oleh Zul Ariffin.

Ini luahan Zarina Zainuddin mengenai isu tersebut serta berkongsi cabaran hidup sebagai seorang artis dan juga seorang ibu. Be strong akak Zarina!

“Untuk diluar sana bawa bertenang..”

Anak Dakwa Kena Halau Zul Ariffin, Ini Luahan Zarina Zainuddin
Zarina dan Azil

Majlis perkahwinan anak tiri saya kami berkumpul bersama sama meraikannya..
Takde masalah pun saya dah bermadu 24tahun isteri ke2 susah senang bersama sama.
Pengalaman hidup cukup berharga saya dapat rasakan kasih sayang bertali arus..memang ada ujian Allah bagi tapi ujian itu tanda Allah sayang ..rapatkan kembali sebuah keluarga besar.. Tadi saya post pasal kes lama kes dah bertahun berlalu saya pun dah minta maaf pada pihak sana..jangan keruh kan keadaan
Kita perlu ada rasa tanggungjawab atas apa yang kita post betulkan niat kita tujuan untuk meredakan suasana atau untuk melaga lagakan sesama sendiri ..kalau niat saya nak melaga lagakan dah lama saya post cerita tapi itu aib orang ..kalau kita buka aib orang disana nanti Allah buka aib kita.. Anak saya lurus bendul tak tahu apa apa hanyalah seorang peminat yang tetap meminati seseorang walau orang cakap apa sekalipun dia tetap minat.. Untuk diluar sana bawa bertenang ..benda kecik benda dah lama saya pun dah taknak ingat dah … Harap maaf jika terkasar bahasa

“Maafkan saya dan keluarga saya..”

Luahan Sayu Zarina Zainuddin Isu Anak Dihalau Zul Ariffin
Zarina dan Azal

Saya pun bukan artis popular hanya pelakun suam suam kuku yang melakunkan watak mak mak ni jer dan selalu nama kena reject dengan stesyen tv .. Kenyataannya zaman saya dah berlalu bagi peluang pada mereka yang popular dan berbakat besar dalam industri.. Harap maaf terlanjur bicara hidup kita ada pasang surutnya .. Jangan mudah stress dengan benda kecik ni buat serabut otak jer fikir masalah orang..masalah saya pun banyak … Saya tetap tenang hadapi
InsyaAllah semuga dipermudahkan dan Allah panjangkan rezeki saya dalam industri.. Saya masih minat berlakun cuma kena pilih pilih watak yang lain dari yang lain… Terima kasih sudi melayan kerenah anak2 saya terima dia seaddanya.. Maafkan saya.dan keluarga saya
Mereka cuma nak membela nasib anak saya.. Tapi saya rasa tak perlu panjang panjangkan cerita pun dah basi tutup buku.. Kita buka hari baru untuk lembaran yang baru
Life must go on
Come on ..move it.. Takdir Allah itu indah
Dah jom tido ..lama saya baca komen komen tadi takut hati jadi hitam..buat Zul Arifin maafkan anak akak yang tak tahu apa apa ..siapa bersalah akak tetap minta maaf.

Sumber: ohbulan.com



Sumber : Ma-Zeer Blog