Home Ma-Zeer Melayu Dan Teknologi Pelayaran

Melayu Dan Teknologi Pelayaran

368
0
SHARE


Sejarah telah mencatatkan bahawa kegiatan perdagangan yang ulung di rantau ini telah bermula sejak 200 tahun sebelum masihi lagi iaitu dimasa kegemilangan empayar Rom di Barat dan Dinasti Han di China.

Pada peringkat awalnya kapal-kapal dagang cina dan India tidak mampu menempuh badai lautan yang begitu hebat bagi mereka. Mereka hanya mengemudi kapal-kapal mereka di pesisran pantai mengelilingi benua-benua sehingga sampai ke destinasi.

Mereka juga tidak berani menempuh Laut Cina Selatan yang sentiasa bergelora dan juga takut untuk merentasi Temasik serta Selat Melaka.

Sesetengah ahli sejarah berpendapat mereka pada awalnya amat takut untuk melepasi selat Melaka untuk terus ke India kerana kuatir diserang lanun-lanun Melayu yang amat banyak ketika itu. Jadi mereka hanya membataskan jalan perdagangan mereka di Vietnam,Thailand dan Segenting Kra sahaja.

Namun alasan yang lebih munasabah ialah mereka takut untuk menempuhi geloran di musim-musim monsoon dan tambahan lagi pada ketika itu mereka masih tidak mempunyai teknologi perkapalan untuk mengatasi masalah tersebut.

Keadaan ini mula berubah apabila para pedagang Melayu mula memasuki era perdagangan antarabangsa pada zaman kegemilangan empayar Funan sekitar abad ke 4 masihi. Para pedagang Melayu ini mempunyai sejenis kapal layar yang dipanggil ‘Jong’ dan membawa muatan rempah ratus yang belum pernah dimiliki oleh bangsa-bangsa lain di dunia.

Melayu Dan Teknologi Pelayaran

Rempah tersebut adalah seperti buah pelaga,cengkih,bunga lawang dan buah pala. Selain itu orang Melayu juga memperkenalkan kapur barus dan kayu gaharu yang sangat tinggi nilainya.

Disinilah teknologi maritim orang Melayu telah membawa kemakmuran terhadap bangsanya sehingga terdirinya empayar Srivijaya dan seterusnya empayar Melaka.

Pelayar-pelayar Melayu disebut oleh ahli-ahli sejarah sebagai ‘skilled navigators’ yang mampu merentas lautan tanpa menggunakan kompas dan peta. Mereka hanya menggunakan angin dan bintang sebagai panduan. Mereka membaca cuaca dengan meneliti bentuk awan dan warna langit,air dan alun serta riak ombak.

Melalui pemerhatian terhadap burung dan alun laut mereka dikatakan dapat mengetahui kedudukan sesebuah daratan dari jarak 30 batu dari laut.

Jong-jong Melayu pula diperbuat daripada kayu keras dan tidak menggunakan paku. Papan dan kayu diikat menggunakan penyambung kayu dan jika perlu rotan dan akar yang tahan akan digunakan.

Melayu Dan Teknologi Menempuh Badai

Jong-jong ini dilengkapi dengan empat layar dan dua kemudi. Setiap jong juga boleh memuatkan barangan seberat 500 hingga 1000 tan melebihi keupayaan mana-mana kapal layar pada masa itu.

Dari segi efisiensi jong Melayu adalah lebih baik daripada mana-mana kapal yang wujud pada abad ke 15.

Keunikan jong Melayu yang membezakannya dengan kapal-kapal lain (semenjak beberapa abad sebelum masihi sehingga 4 masihi) adalah kebolehannya meredah angin dan justeru itu meneroka lautan yang luas dan dalam.

Setelah melihat kehebatan jong-jong Melayu ini,bangsa-bangsa pedagang lain seperti India,China,Arab malah Sepanyol dan Portugis mula meniru teknologi yang dipakai oleh orang Melayu.

Melayu Dan Teknologi Menempuh Badai
Panglima Awang.

CIRI FIZIKAL JONG MELAYU

Teknologi unik yang membolehkan orang Melayu meredah badai ini adalah layar yang berbentuk empat segi yang dipasang satu didepan dan satu di buritan jong.

Layar ini dicondongkan ke bawah dan boleh pula dipusing-pusingkan ke kiri atau ke kanan. Layar istimewa ini membolehkan jong Melayu meredah dan menentang badai dengan mudah dengan cara menghadapkannya di bahagian hadapan kepada tiupan angin secara menyerang.

Layar empat segi di belakang dipusingkan untuk memerangkap angin tadi supaya ianya bertiup secara terlencong ke hadapan menolak layar-layar di tengah melawan badai. Justeru jong dapat bergerak kehadapan secara menyerong.

Dengan memanipulasikan layar empat segi secara menggilirkan pusingannya maka jong dapat berlayar terus menerkam menentang tiupan angin dan badai mengikut laluan zig-zag.

Dengan menggunakan layar ini juga para pelayar Melayu mempunyai banyak competitive advantage untuk berdepan dengan pedagang lain.

Mereka boleh ke China, India, Yaman, malahan ke Madagaskar dan Mesir pada bila-bila masa mereka suka tanpa menunggu tiupan angin yang sesuai.

Melayu Dan Teknologi Menempuh Badai

Penggunaan teknologi ini bertahan dit angan orang Melayu sehingga abad pertama sebelum masihi di mana para pelayar Arab yang berdagang sekitar lautan Hindi mula menirunya. Pada abad ke3 selepas masihi pelayar Arab mula menggunakannya di Lautan Mediteranean. Ianya kemudian ditiru pula oleh pelayar Portugis pada abad ke 15 M.

Dengan menggunakan teknologi inilah kapal-kapal Portugis dapat berlayar merentas badai sehingga ke Melaka dan kemudian menemui New World di Amerika.

Satu lagi teknologi ciptaan Melayu ialah outrigger yang menjadi pengimbang untuk menstabilkan perahu induk. Dengan perahu yang menggunakan outrigger ini orang Melayu berhijrah 3000 batu ke barat menduduki pulau Madagaskar dan berbelas batu ke selatan menduduki pulau-pulau pasifik semenjak millenium sebelum masihi.

Rumusannya… keberanian bangsa Melayu menghadapi badai inilah maka terhasilnya teknologi pelayaran yang membolehkan mereka berlayar jauh dan menerkam badai.

Mereka melihat badai sebagai sebuah halangan yang mengancam cita-cita mereka dan harus ditempuhi.

Allahu’alam…



Sumber : Ma-Zeer Blog