Home Ma-Zeer Menteri Beri Penjelasan Isu ‘Sayang Kasut’ Jalan Atas Meja Semasa Banjir Di...

Menteri Beri Penjelasan Isu ‘Sayang Kasut’ Jalan Atas Meja Semasa Banjir Di Pulau Pinang

205
0
SHARE



Baru-baru ini tersebarnya gambar Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berjalan di atas meja di sebuah sekolah yang dilanda banjir di Pulau Pinang.

Ekoran itu, Setiausaha Akhbarnya, Datuk Mohd Razman Yaacob kesal dengan fitnah di media sosial yang kononnya perbuatan pemimpin tersebut kerana sayangkan kasutnya.

Menteri Beri Penjelasan Isu 'Sayang Kasut' Jalan Atas Meja Semasa Banjir Di Pulau Pinang

Menurutnya, tindakan menyebarkan berita dan gambar tanpa asal usulnya hanya bertujuan memburukan nama pemimpin di media sosial.

Kisah Sebenar Sebalik Gambar Menteri 'Sayang Kasut' Jalan Atas Meja Semasa Banjir Di Pulau Pinang

Kisah Sebenar Sebalik Gambar Menteri 'Sayang Kasut' Jalan Atas Meja Semasa Banjir Di Pulau Pinang

“Fitnah daripada pihak tertentu ini adalah tidak wajar. Kita kena fikir dahulu sebelum fitnah tanpa maklumat sahih jangan sebarkan.

“Tidak timbul isu seperti ditularkan iaitu menteri sayang kasut, takut air kerana meja itu bukan disediakan khas untuk beliau ketika lawatan itu.

Kisah Sebenar Sebalik Gambar Menteri 'Sayang Kasut' Jalan Atas Meja Semasa Banjir Di Pulau Pinang

“Lawatan tersebut juga tiada dalam jadual beliau kerana kebetulan berada di Pulau Pinang, beliau menyatakan hasrat untuk melawat calon yang menduduki peperiksaan SPM di sekolah itu,” katanya.

Jelasnya, meja tersebut disusun di kawasan sekolah turut digunakan oleh guru dan pelajar semasa dipindahkan dari pengangkutan ke dewan peperiksaan.

Kisah Sebenar Sebalik Gambar Menteri 'Sayang Kasut' Jalan Atas Meja Semasa Banjir Di Pulau Pinang

“Meja tersebut sudah disusun apabila berlaku banjir sehingga paras paha di sekolah itu untuk pelajar dan guru berjalan ketika dipindahkan oleh kenderaan ke dewan masing-masing,” katanya.

Kisah Sebenar Sebalik Gambar Menteri 'Sayang Kasut' Jalan Atas Meja Semasa Banjir Di Pulau Pinang

Perbuatan netizen memfitnah pemimpin Umno tersebut dengan membandingkan gambar Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang meredah air untuk melawat mangsa banjir pada 2014 di Tutong dimana menunjukkan Baginda meredah banjir tanpa memperdulikan pakaiannya.

Kisah Sebenar Sebalik Gambar Menteri 'Sayang Kasut' Jalan Atas Meja Semasa Banjir Di Pulau Pinang

Sumber: gilerkentang.org



Sumber : Ma-Zeer Blog