Home Ma-Zeer Menurut Kajian, Orang Yang Selekeh Dan Suka Tidur Lambat Sebenarnya Memiliki IQ...

Menurut Kajian, Orang Yang Selekeh Dan Suka Tidur Lambat Sebenarnya Memiliki IQ Yang Tinggi

109
0
SHARE



Kebiasaanya, mereka yang jenis selekeh dan suka tidur lambat sering dianggap sebagai kurang bijak berbanding dengan mereka yang lebih teratur dan kemas.

Namun, baru-baru ini, beberapa buah kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji telah mendapati persepsi masyarakat selama ini sebenarnya salah dan patut diperbetulkan.

1. Menyumpah

Menurut Kajian, Orang Yang Selekeh Dan Suka Tidur Lambat Sebenarnya Memiliki IQ Yang Tinggi

Kajian menunjukkan apabila seseorang individu selalu mengeluarkan kata-kata kesat, IQ individu tersebut akan meningkat.

Kajian yang dijalankan oleh Kristin L. Jaya dan Timothy B. Jay dari Kolej Marist dan Kolej Massachusetts membuktikan bahawa mereka yang menggunakan perkataan-perkataan biasa hanya kerana perbendaharaan kata mereka yang kurang meluas.

2. Suka Tidur Lambat

Kajian Mendapati Orang Yang Selekeh Dan Suka Tidur Lambat Sebenarnya Memiliki IQ Yang Tinggi

Sekiranya anda tergolong dengan mereka yang suka tidur lewat semata-mata mahu bermain ‘game’, anda kemungkinan di antara individu yang memiliki IQ yang tinggi.

Satoshi Kanazawa, penulis Psychology Today mengatakan bahawa aktiviti orang zaman dahulu hanya terhad pada waktu siang sahaja kerana tiada lampu masih belum dicipta pada masa itu.

Oleh kerana itu, hipotesisnya menyatakan bahawa individu yang tidur lewat lebih bijak berbanding mereka yang tidur awal.

3. Selekeh

Orang Yang Selekeh Dan Suka Tidur Lambat Sebenarnya Memiliki IQ Yang Tinggi

Situasinya mudah sahaja. Lebih kurang waktu digunakan untuk mengemas, lebih banyak masa untuk menyiapkan kerja. Saintis, Kathleen Voh menyatakan bahawa persekitaran yang tidak teratur boleh membuat seseorang ingin mencuba untuk melakukan sesuatu dengan cara yang lain dan baru berbanding di dalam persekitaran yang teratur.



Sumber : Ma-Zeer Blog