Home Ma-Zeer Ragam Tokoh-Tokoh Terkenal Dunia Dan Keunikan Yang Ada Pada Setiap Mereka

Ragam Tokoh-Tokoh Terkenal Dunia Dan Keunikan Yang Ada Pada Setiap Mereka

518
0
SHARE


Setiap tokoh-tokoh dunia mempunyai keistimewaan mereka sendiri yang membuatkan mereka dikenali dan diiktiraf oleh penduduk di serata dunia samada oleh kebijaksanaan mereka mahupun kekayaan mereka.

Di sini kami senaraikan kepada anda ragam dan karakter unik tokoh-tokoh terkenal dunia yang mungkin anda tidak pernah tahu.

Ragam Tokoh-Tokoh Terkenal Dunia Dan Keunikan Yang Ada Pada Setiap Mereka

Albert Einstein. (Surat Dari Einstein)

Karakter Tokoh-Tokoh Terkenal Dunia Dan Keistimewaan Yang Ada Pada Mereka

Pada edisi 4 Disember 1948, akhbar Amerika terkemuka “New York Times” memuatkan sepucuk surat yang dilayangkan khusus untuk rakyat Amerika. Surat tersebut ditandatangani atas nama ilmuwan tersohor pada waktu itu, Albert Einstein.

Surat tersebut secara terbuka menyerukan masyarakat Amerika untuk menolak kunjungan Presiden Israel Manahim Pygen ke Amerika. Eisntein juga memuat seruan kepada rakyat Amerika untuk tidak memberikan dukungan kepada negara yang baru berdiri itu.

Einstein juga membicarakan karakter fasis dan nazis Israel, dengan mengisahkan tragedi pembantaian Deir Yasin di mana hampir 240 orang Palestin terbunuh, termasuk anak-anak dan ramai lelaki. Tidak hanya itu saja, ahli fizik legenda itu juga mengajak para wartawan untuk mengunjungi wilayah tersebut, serta menyaksikan bekas-bekas pembantaian.

Einstein adalah seorang Yahudi, namun dia menolak unsur Zionisme dan pendudukan Israel.

Wilhelm Steinitz (Mencabar Tuhan)

Karakter Tokoh-Tokoh Terkenal Dunia Dan Keistimewaan Yang Ada Pada Mereka

(lahir 17 Mei 1836–meninggal 12 ogos 1900 pada umur 64 tahun)beliau ialah seorang pecatur dan juara catur dunia pertama antara tahun 1886 hingga 1894. Beliau berasal dari keluarga Yahudi dari Wina di Austria-Hungaria.

Pada zaman kegemilangannya, wilheim steinitz adalah pemain catur paling handal di dunia. Namun saat semakin tua, dia secara perlahan-lahan mengalami masalah mental, dan sering merasakan bahawa dia dapat menelefon seseorang tanpa perlu menggunakan telefon, ataupun bermain catur tanpa menyentuh bidak. 

Puncak kegilaannya terjadi saat Steinitz mengumumkan kepada masyarakat bahawa dia hendak menentang Tuhan untuk bermain catur. Tidak sampai di situ, dia juga menawarkan fur satu bidak kepada Tuhan dalam pertandingan tersebut.

Johannes Brahms (sifat kejam)

Karakter Tokoh-Tokoh Terkenal Dunia Dan Keistimewaan Yang Ada Pada Mereka

(Lahir 1833- meninggal 1897), merupakan komposer terkenal dari Jerman yang sangat membenci binatang. Ketika sedang bersantai atau sedang mencari ilham, komposer ini sering pergi ke loteng rumahnya dan mempersiapkan busur dan anak panah. Hampir setiap waktu dia memanah kucing-kucing milik tetangganya….binatang!

Theodore Roosevelt (berpantang maut sebelum ajal)

Karakter Tokoh-Tokoh Terkenal Dunia Dan Keistimewaan Yang Ada Pada Mereka

Presiden Amerika Syarikat ke-26 ini merupakan salah seorang yang penting dan berjiwa besar. Beliau lahir dari keluarga berada di Kota New York. Di masa kecil beliau dikenali sebagai anak yang selalu mengalami sakit. Di masa remaja beliau pernah ikut latihan tinju dan juga pernah melakukan perjalanan ke Afrika dan Amerika Selatan untuk mempelajari flora-fauna eksotik.

Kisahnya yang paling mengejutkan adalah ketika beliau sedang berpidato di Milwaukee pada 1912. Saat berpidato itu, seorang mencuba membunuhnya dengan pistol. Tapi peluru dari pistol itu terkena kotak kacamata. Roosevelt secara spontan memberitahu hadirin bahawa beliau baru saja ditembak lalu melanjutkan pidatonya. Beliau kemudian dibawa ke rumah sakit setelah kejadian itu.

Abraham Lincoln (pemimpin yang berwibawa)

Karakter Tokoh-Tokoh Terkenal Dunia Dan Keistimewaan Yang Ada Pada Mereka

Presiden Amerika ke-16 ini terkenal kerana janggutnya. Lincoln merupakan seorang yang berwibawa dan bijaksana. Meski dia dilahirkan di sebuah rumah kayu sederhana, Lincoln tidak banyak mengalami kehidupan yang susah semasa masa kecil. Kerja buruh kasar merupakan bahagian dari lingkungan tempat dia dibesarkan. Pada usia sembilan tahun ibu Lincoln meninggal dunia.

Setelah Lincoln meninggal, pada 1876 sekelompok penjahat menginginkan mayatnya sebagai tebusan untuk ditukar dengan wang dalam bentuk emas dan pembebasan salah satu kawan mereka yang ditangkap. Kelompok itu kemudian berhasil ditangkap dan dipenjara setahun.

Adolf Hitler (penyakit Hitler)

Karakter Tokoh-Tokoh Terkenal Dunia Dan Keistimewaan Yang Ada Pada Mereka

Hitler pada penghujung usianya iaitu ketika 56 tahun mengalami penyakit yang biasa bagi seorang tentera iaitu Parkinson. Dikatakan, rakaman beliau yang terakhir ketika mengadakan kawad cam untuk Hitler Youth di Berlin melihatkan tangan kiri beliau yang terketar-ketar.

John Key (perangai pelik)

Karakter Tokoh-Tokoh Terkenal Dunia Dan Keistimewaan Yang Ada Pada Mereka

Perdana Menteri New Zealand John Key pernah bermasalah dengan seorang pelayan kafe di Auckland, ibu kota New Zealand yang sering beliau kunjungi. Si pelayan mengeluh dalam blognya kerana kelakuan perdana menteri itu yang gemar sekali menarik rambut ekor kudanya.

Dalam blognya, si pelayan menulis bahawa John Key membuli dirinya. Masalahnya, kejadian ini bukan hanya sekali, tapi sudah berlangsung berbulan-bulan. Setiap kali berkunjung Key selalu menarik rambutnya itu. Awalnya, si pelayan merasakan Key hanya bergurau. 

Namun kerana terus-menerus dilakukan maka pelayan ini mulai rasa terganggu dengan tingkah laku Key. Menyedari kelakuannya sudah mengganggu, Key kemudian datang kembali ke kafe itu dan membawa dua botol anggur untuk meminta maaf.

Narendra Modi (sentiasa berketerampilan segak)

Karakter Tokoh-Tokoh Terkenal Dunia Dan Keistimewaan Yang Ada Pada Mereka

Perdana Menteri India Narendra Modi memiliki minat yang tinggi terhadap dunia fashion. Itu sebabnya setiap baju yang dipakainya harus selalu rapi seperti habis disetrika. Ciri khasnya selalu mengenakan kurta lengan pendek, kemeja tradisional India yang dibeli dari Jade Blue. Menurut NDTV, Modi tidak pernah mahu menggunakan kurta yang lusuh. 

Bahkan dia boleh memakai 500 kurta sehari dan memakai kurta baru untuk setiap pertemuan. Selain itu Modi juga sangat gemar berfoto selfi. Foto selfi yang terdapat di Twitter saat beliau bersama Perdana Menteri China Li Keqiang di Temple of Heaven di Beijing disebut The Wall Street Journal sebagai foto selfie paling kuat dalam sejarah.

Bill Gates (gaya unik)

Karakter Tokoh-Tokoh Terkenal Dunia Dan Keistimewaan Yang Ada Pada Mereka

Ada kebiasaan unik yang selalu dilakukan pendiri Microsoft Bill Gates iaitu memasukkan tangan kirinya di saku seluarnya. Kebiasaan ini misalnya terlihat saat Gates bersalaman dengan Presiden Korea Selatan Park Geun-hye pada 2013 silam di mana dia tetap memasukkan tangan kirinya di saku.

kejadian itu menimbulkan kontroversi yang dimuat media Korea Selatan. Kebiasaan itu dianggap menyinggung perasaan. Gates juga melakukan hal yang sama saat berfoto dengan mantan Presiden Lee Myung beberapa tahun sebelum itu.

Namun, hal itu merupakan kebiasaan Gates dimanapun beliau berada. Beliau juga melakukan hal yang sama saat bersalaman dengan Jenderal PBB Ban Ki-moon, mantan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy, dan mantan Presiden Afrika Selatan Thabo Mbeki. Gates akan mengeluarkan tangan kirinya saat bersalaman jika dia harus memegang kertas atau gelas.

Ratu Elizabeth ll (Pencinta Haiwan)

Karakter Tokoh-Tokoh Terkenal Dunia Dan Keistimewaan Yang Ada Pada Mereka

Menurut penulis rasmi biografi kerajaan Inggris Brian Hoey, Ratu Elizabeth II memiliki minat yang tinggi pada haiwan. Ratu Elizabeth sangat menggemari anjing berkaki pendek jenis corgis Welsh. Selain itu, sang ratu juga dikenali sebagai pemilik hampir seluruh angsa di Inggris. Bahkan, Ratu Elizabeth juga pernah berjanji akan membantu peningkatan populasi tupai merah di Balmoral Castle. 

Satu lagi kegemarannya pada haiwan ialah dia suka sekali menangkap kelawar. Malah dia membangun koloni kelawarnya dia kawasan utama istananya. Para pekerja istana dilarang mengganggu koloni itu. Para pekerja istana selalu sibuk membersihkan najis kelawar tersebut.

Setiap petang Ratu Elizabeth suka mengumpulkan kelawar yang bersarang di dalam suatu sudut kawasan istananya untuk dilepaskan menjelang malam tiba. Tetapi kelawar itu akan kembali lagi menjelang pagi. Keesokkan harinya, sang ratu melepaskannya kembali. Begitulah setiap harinya.

David Rockefeller (pencinta Kumbang)

Karakter Tokoh-Tokoh Terkenal Dunia Dan Keistimewaan Yang Ada Pada Mereka

Pada tahun 2015, David Rockefeller yang berusia 100 tahun dinobatkan sebagai miliarder tertua di dunia dengan nilai kekayaan USD 3 miliar. Tetapi, dia juga dikenali sebagai pengumpul kumbang. Kegemarannya ini sudah dia lakukan sejak 1922 saat masih berusia tujuh tahun. 

Saat itu, Rockefeller mengumpul spesimen pertamanya seekor kumbang cokelat besar (Parandra brunneus). Dia membawa pulang kumbang itu dan memasukkannya ke dalam botol. 

Sejak itu dia selalu mengumpulkan kumbang hingga mencapai 90.000 ekor yang disimpan dalam kotak kayu kedap udara dalam sebuah lemari di rumahnya di Pocantico Hills. Saat kuliah di Harvard University, dia adalah satu-satunya mahasiswa yang mendapat markah A dalam pelajaran entomologi. 

Bahkan ketika dihantar untuk bertempur di Algeria pada 1943-1944, Rockefeller juga selalu mengumpulkan kumbang. Koleksi kumbang Rockefeller yang dikumpulkan secara pribadi berasal dari sejumlah negara seperti Algeria, Austria, Brazil, Ecuador, Perancis, Yunani, India, Israel, Italia, Kenya, Liberia, Mexico, Peru, Afrika Selatan, Spanyol, Tanzania, Trinidad dan Tobago, Tunisia, AS, Venezuela, dan Zimbabwe. 

Dia juga mengungkapkan, setiap kali melakukan perjalanan, dia akan membawa botol untuk mengumpulkan kumbang kerana mereka ada di mana-mana kecuali Antartika.

Vladimir Putin (rutin harian yang ketat)

Karakter Tokoh-Tokoh Terkenal Dunia Dan Keistimewaan Yang Ada Pada Mereka

Menurut Newsweek, Presiden Rusia Vladimir Putin memiliki, rutin harian yang ketat. Putin suka bekerja hingga larut malam dan bangun sebelum tengah hari. Untuk sarapan, beliau makan keju, bubur, atau telur dadar, telur puyuh dan jus. 

Buah segar untuk jus selalu dikirim setiap hari dari perkebunan pemimpin agama Rusia Patriarch Kirill. Setelah itu beliau akan minum kopi, dua jam berenang, latihan beban, mandi air panas dan dingin. 

Para pekerja istana sudah biasa menunggu hingga empat jam sebelum Putin mengenakan baju kodnya untuk bekerja. Putin kemudian membaca laporan harian dari badan intelijen domestiknya (FSB), badan intelijen asing (SVR), dan pengamanan (FSO). 

Setelah itu, beliau akan menyaksikan pemberitaan, membaca tabloid dan surat khabar asing. Putin telah menyatakan bahawa dirinya adalah pemimpin Rusia yang bekerja paling keras setelah Stalin.

Najib Razak (Anak Jantan Sebenar!)

Karakter Tokoh-Tokoh Terkenal Dunia Dan Keistimewaan Yang Ada Pada Mereka

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah berkata, Perdana Menteri mempunyai kelebihan tersendiri dalam pentadbiran beliau yang jelas berjaya contohnya ketika negara berhadapan dengan tragedi penembakan jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine yang membunuh kesemua 298 orang penumpang.

Menurutnya, tindakan berani Najib ‘berdepan’ dengan kumpulan pemisah di Ukraine merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan dan tidak mungkin mampu dilakukan oleh pemimpin lain.

“Bandingkan dengan MH17, saya tahu tidak ramai pemimpin di luar sana yang mampu lakukan apa yang Datuk Seri Najib mampu lakukan. Beliau telah membuat satu pendirian berani untuk ‘berdepan’ dengan pihak pemisah di situ dan saya juga tidak akan berdiri di sini menguruskan penghantaran jenazah pulang kalau bukan kerana beliau.

Sumber: Facebook Jasson King Fans Official



Sumber : Ma-Zeer Blog