Home Ma-Zeer Ramai Yang Salah Anggap Namun Inilah Khasiat Sebenar Daun Ketum

Ramai Yang Salah Anggap Namun Inilah Khasiat Sebenar Daun Ketum

4960
0
SHARE


KHASIAT SEBENAR DAUN KETUM

Seorang pengesksport daun ketum hari ini tampil mendakwa bahawa produk berasaskan daun ketum digunakan dengan meluas untuk ubatan alternatif di Amerika Syarikat dan Eropah sejak lebih 10 tahun.

Ramai Yang Salah Anggap Namun Inilah Khasiat Sebenar Daun Ketum

Daun Ketum Mendapat Permintaan Tinggi Di Amerika Syarikat Dan Eropah

Usahawan Ooi Teik Lee, 53, yang mengusahakan eksport bahan itu di Indonesia, juga mendakwa produk-produk tersebut telah dipatenkan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal di AS yang mengeluarkannya.

Ini kerana isu ketum menjadi topik hangat dibualkan oleh masyarakat (Malaysia) berikutan cadangan Pihak Berkuasa Pekebun-Pekebun Kecil Getah (Risda) untuk menanamnya secara komersial ditolak oleh kerajaan.

Khasiat tumbuhan ini menjadi rosak apabila ia dicampurkan dengan bahan-bahan terlarang, dan akhirnya ketum mendapat nama buruk,” kata Teik Lee.

Beliau ditampilkan oleh Gabungan Setia Melayu Pulau Pinang, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib penanam-penanam ketum di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Turut hadir pengerusi NGO tersebut, Mohd Ridzuan Ibrahim dan hampir 100 orang penanam berkenaan, kebanyakannya pekebun kecil getah dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Manfaat Dan Khasiat Sebenar Daun Ketum Yang Ramai Disalah Anggap

Produk berasaskan daun ketum banyak berada dalam pasaran di AS dan Eropah antaranya dijadikan teh (uncang), kapsul untuk pelbagai penyakit dan juga jus.

Ketum yang dieksport dilabelkan dengan nama kretom, tidak boleh nama lain kerana penyelidik barat menggunakan nama kretom.

Indonesia sejak 2008 kerana kerajaan negara tersebut tidak melarang penanaman dan pengeksportannya. Kebenaran eksport hanya perlukan surat izin kerajaan Indonesia,dan Indonesia kini menjadi pengeksport terbesar ketum ke AS dan Eropah.

Harga eksport daun ketum yang dikeringkan seperti daun teh Cina atau diproses menjadi serbok adalah antara USD50 hingga USD60 satu kilogram (USD1 = RM4).

“Industri ketum sebagai herba dalam bidang perubatan sangat besar, bernilai berbilion ringgit dan berpotensi berkembang di Malaysia jika kerajaan memberi sokongan.

Beberapa syarikat farmaseutikal negara China menunjukkan minat untuk mendapatkan daun ketum sejak tahun lepas namun ia masih dalam peringkat rundingan.

Teik Lee berkata beliau turut dihubungi usahawan dua negara di timur tengah awal tahun ini untuk merundingkan eksport bahan berkenaan.

Khasiat Sebenar Daun Ketum Yang Ramai Disalah Anggap

Sementara itu RISDA akan bentang kajian ketum bebas racun. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan membentangkan laporan kajian berkaitan kandungan ketum yang didapati bebas racun selain selamat digunakan untuk perubatan bagi tujuan komersial.

Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, setakat ini, pihaknya bercadang untuk membentangkan isu terbabit pada bulan Disember 2017, namun keputusan untuk membenarkan penggunaan ketum secara meluas adalah bergantung pada kerajaan.

Hasil laporan ini akan dibentangkan dalam tempoh terdekat iaitu pada bulan hadapan. Ia sejurus selepas selesai hasil penyelidikan oleh beberapa pakar yang ketika ini berada di luar negara untuk mengkaji tahap kebolehpasaran dan kegunaan lain yang boleh dimanfaatkan ketum dalam bidang eksport.

Pembentangan hasil kajian membabitkan kira-kira 20 pakar termasuk daripada Universiti Sains Malaysia (USM) itu perlu supaya ketum dapat diusahakan sebagai salah satu komoditi bagi membantu pekebun kecil meraih pendapatan tambahan.

Menurut Zahidi, setakat ini, hasil kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari USM mendapati tumbuhan berkenaan adalah selamat dalam penghasilan ubat yang mana ianya jauh lebih berkhasiat daripada beberapa ubatan di pasaran ketika ini.

Khasiat Sebenar Daun Ketum Yang Ramai Disalah Anggap

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom) atau nama saintifiknya Mitragyna Speciosa adalah , ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Sekarang ini daun ketum lebih popular dengan isu negatif – air rebusan daun ketum telah di salah guna sebagai minuman ketagihan.

Tapi bezanya air ketum yang mengkhayalkan adalah telah dicampur dengan bahan bahan asing seperti ubat nyamuk malah ada perkatakan tahi lembu adalah salah satu ramuan untuk mendapatkan “kick” atau kepekatan yang amat tinggi.

Daun ketum adalah herba yang paling mujarab diantara herba ubatan alternatif yang dicuba dalam mengawal kadar gula dalam darah.

Khasiat Sebenar Daun Ketum Yang Ramai Disalah Anggap

Herba lain mungkin punyai kelebihan dengan cara tindak balas yang berlainan, tapi daun ketum amat mujarab dalam menurun kadar gula darah dalam masa yang cepat.

Kemampuan untuk menurunkan kadar gula dalam darah secepat mungkin adalah penting terutama untuk pesakit yang mengalami luka dan kebengkakan (diabetes feet) untuk membantu pemulihan tisu dan mencegah jangkitan (infection).

Terdapat 2 jenis daun ketum yang boleh dibezakan melalui warna daun, bentuk kedua daun adalah lebh kurang sama.

Satu adalah yang berwarna hijau dan satu lagi mempunyai tulang daun berwarna merah yang boleh dilhat jelas di belakang daun.

Khasiat Sebenar Daun Ketum Yang Ramai Disalah Anggap

Spesies berwarna belang merah ini dikatakan lebih berkhasiat dan mujarab.

Pengambilan pertama segelas air rebusan daun ketum pada waktu malam dan kadar gula pada paras 9.1 pada keesokan harinya menunjukkan penurunan kadar gula yang banyak. Ujian pada waktu pagi selepas sarapan menunjukkan kadar gula pada paras 5.7.

Rebus 7-8 helai daun ketum untuk 2 liter air, minum rebusan air tersebut sebanyak 3 kali sehari. Baki air ketum hendaklah dipanaskan dari masa ke semasa.

Khasiat Sebenar Daun Ketum Yang Ramai Disalah Anggap

Air rebusan yang telah masam dan berbuih tidak lagi boleh digunakan dan hendaklah dibuang.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin.

Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.

Khasiat Sebenar Daun Ketum Yang Ramai Disalah Anggap

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin.

Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952.

Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Kredit: Tuan Amar Yusoff



Sumber : Ma-Zeer Blog