Home Ma-Zeer “Salah Siapa?” – Saat Cemas Tangan Budak Melekat Di Eskalator (Video)

“Salah Siapa?” – Saat Cemas Tangan Budak Melekat Di Eskalator (Video)

29
0
SHARE



Kecoh di laman sosial media apabila seorang budak perempuan tersangkut di tempat pemegang eskalator.

Video berdurasi selama satu minit menunjukkan budak itu sedang berdiri di tepi escalator, tidak lama kemudian bila dia ingin beredar, tangannya seperti melekat. Punca dan lokasi kejadian masih belum diketahui.

Saat Cemas Tangan Budak Melekat Di Eskalator

Budak melekat di eskalator


Keadaan jadi kelam-kabut apabila orang ramai di pusat membeli belah mula perasan keadaan budak itu. Mujur, beberapa orang beranikan diri naik ke eskalator dan sempat menyelamatkan nyawa budak tersebut.

Pelbagai reaksi yang dilontarkan netizen mengenai video ini. Ada yang mempersoalkan reaksi seorang lelaki yang mengabaikan kanak-kanak malang itu dan ramai juga menyalahkan penjaga kanak-kanak  itu.

Antara komen-komen netizen yang menarik perhatian

Qudeq Athirah Mohd: Baju merah tu ayah ke guard? Sbb bagus tindakan refleks dia

Hasimah Ya’akub: Hero baju merah…tapi y lelaki baju putih kt bawah tu pn bagus siap campak beg agknya stnby kt bawah nk tolong sambut..

Muhammad Irfan Zulkarnain: Mcm kesan elektrik statik tp pelik gak kuat betul dia punya lekat

Amy Hashim: Siapa lelaki berbaju merah tu…macam nak tercabut jantung tengok. nasib baik laju cekap sungguh dia!

Echa Munchitt: yg laki tu mcm bengong bley tgok je



Sumber : Ma-Zeer Blog