Home Ma-Zeer Sejarah Tentang Pos Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

Sejarah Tentang Pos Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

674
0
SHARE


Sejarah Pos Malaysia bermula seawal tahun 1800-an dengan penubuhan perkhidmatan pos yang pertama di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) dan menjelang awal kurun ke-20, perkhidmatan pos meliputi seluruh Malaya.

Surat-surat kemudian disampaikan melalui penghantar surat atau utusan khas. Berbanding setem pos berbayar, bayaran perkhidmatan dikutip apabila surat-surat dihantar ke pejabat pos. Resit akan diberikan bagi surat-surat yang dipos.

Sejarah Tentang Pos Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

Bagaimanapun sistem ini berubah apabila setem-setem India mempunyai cetakan mahkota dan setem-setem Selat cetakan dolar dan sen diperkenalkan pada 1867. Setem-setem pos berbayar pertama telah diperkenalkan pada 1901.

Bermula sebagai satu saluran penghantaran surat, dokumen surat khabar dan perniagaan, perkhidmatan pos kemudiannya berkembang menjadi pembekal perkhidmatan yang berganda.

Inilah Sejarah Mengenai Pos Malaysia Yang Anda Tak Tahu
Logo lama dan nama lama bagi Pos Malaysia iaitu Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia. Rare betul dah logo ni.

Ia mula menceburi ke dalam perkhidmatan penghantaran bungkusan, pendaftaran, insurans, urusniaga wang (Wang Pos dan Kiriman Pos) serta pelaburan dana (Simpanan Bank Pejabat Pos).

Perkhidmatan pos yang ketika itu dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Pos, juga mula mengambil alih pelbagai perkhidmatan bagi pihak agensi-agensi kerajaan. Ia dimulakan dengan mengutip bayaran bil elektrik, jualan lesen anjing, bayaran pencen, jualan lesen televisyen dan sebagainya.

Inilah Sejarah Mengenai Pos Malaysia Yang Anda Tak Tahu
Keadaan ruang kerja di Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia ketika itu.

Setelah mencapai kemerdekaan pada 1957, Malaysia memulakan penyertaan secara aktif di dalam pertubuhan antarabangsa agar seiring dengan pembangunan sosial dan ekonomi. Antara lain, ia menjadi ahli Kesatuan Pos Sejagat (UPU) pada 17 Januari 1958, satu penyertaan di mana Malaysia menjadi ahli yang dinamik sehingga ke hari ini.

Setelah negara melangkah ke abad 21, perkhidmatan pos di Malaysia yang lebih dikenali sebagai Pos Malaysia Berhad terus berusaha untuk memenuhi permintaan dan keperluan pasaran dan tingkahlaku pelanggan yang sering berubah.

Inilah Sejarah Mengenai Pos Malaysia Yang Anda Tak Tahu
Kenderaan utk posmen pada ketika itu. Kau ada basikal lajak? Ini lagi rare dari basikal lajak kau. Ni basikal terlajak laris.

Awal tahun 1992, Pos Malaysia Berhad telah mencipta sejarah dengan membuat perubahan besar sejajar dengan kebebasan perniagaan. Dengan kebebasan, muncul pula satu cabaran yang lebih hebat. 

Berdepan dengan persaingan yang kompetitif, Pos Malaysia Berhad memulakan perjalanannya dengan mengukuhkan operasinya melalui pengasingan perniagaan yang terdiri daripada empat unit utama Perniagaan Strategik yang dinamakan PosMel, PosLaju, PosNiaga dan PosLogistik.

Inilah Sejarah Mengenai Pos Malaysia Yang Anda Tak Tahu
Satu lagi contoh basikal terlajak laris yg ditunggang posmen pada zaman awal Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia. Yg ni lebih rare sebab ada topang belakang yg sangat susah nak dicari sekarang. Kolektor akan paham kenapa min cakap benda tu rare.
Sejarah Mengenai Pos Malaysia Yang Anda Tak Tahu
Ini adalah contoh² setem pada zaman tersebut. Bayangkan betapa rare dan bernilainya setem² ini sekarang. Bagi kolektpr setem, setem dari zaman ini amat dicari dan diidamkan. Korang ada setem mcm ni yg dlm keadaan baik?
Sejarah Mengenai Pos Malaysia Yang Anda Tak Tahu
Hah, budak² wechat mmg takkan tahu apekebendanya ni. Ni lah lesen TV. Lebih kurang mcm tu lah bunyinya. Kau nak tengok TV? Bayaulah! Kahkahkah. Sekarang pun kena bayar, kalau kau pakai astro.
Sejarah Mengenai Pos Malaysia Yang Anda Tak Tahu
Ok. Ini pula posmen yg dikenali dan paling famous di Malaysia. Nama dia Pistol. Sangat jujur dalam menjalankan tugas. Jangan kata nak disuapkan duit, nak suruh minum kopi pun dia taknak. Dia takut makan rasuah. Inilah yg kita patut contohi. Berintegriti dan bermaruah. Syabas En Pistol.

Kredit: Abdul Aziz A. Hamid/Zairollizam Zainal/Serombong Kapal



Sumber : Ma-Zeer Blog