Home Ma-Zeer Tak Serik Menipu, Zurin Jundi Wedding Planner Ditahan Buat Kali Kedua

Tak Serik Menipu, Zurin Jundi Wedding Planner Ditahan Buat Kali Kedua

387
0
SHARE



Selepas didakwa di Mahkamah Majistret Klang, Oktober lalu, kerana menipu pelanggannya, pengasas Zurin Jundi Wedding Planner sekali lagi dihadapkan pula ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, atas tuduhan memperdaya seorang pelanggan membabitkan RM8,500, Mei lalu.

Bagaimanapun, Zurina Ahmad Jundin, 34 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Tak Serik Menipu, Zurin Jundi Wedding Planner Ditahan Buat Kali Kedua

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa memperdayakan Nor Ika Nadzirah Sirajudin supaya menyerahkan wang tunai RM8,500 sebagai bayaran deposit bagi kos upah pakej perkahwinannya yang berlangsung pada 16 September lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di butik Zurin Jundi Wedding Planner, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, bermula 22 Mac hingga 13 Mei lalu.

Tak Serik-Serik Menipu, Zurin Jundi Wedding Planner Digari Buat Kali Kedua

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tak Serik-Serik Menipu, Zurin Jundi Wedding Planner Digari Buat Kali Kedua

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Disember ini bagi sebutan semula untuk serahan dokumen.

Lebih 100 pengantin dan bakal pengantin mendakwa terpedaya dengan tawaran syarikat dengan anggaran kerugian keseluruhan mencecah RM500,000.

Berpuluh mangsa yang didakwa ditipu menyerbu syarikat Zurin Jundi sehingga tular di media sosial berikutan kegagalan syarikat perancang perkahwinan itu menyediakan sajian makanan, pelamin dan gambar perkahwinan.

Tak Serik-Serik Menipu, Zurin Jundi Wedding Planner Digari Buat Kali Kedua

Kebanyakan bakal pengantin yang menjadi mangsa mendesak syarikat perancang perkahwinan itu memulangkan semula duit yang dibayar antara RM2,000 dan RM10,000.

Pada 5 September lalu, peguam Zurin Jundi tampil memohon maaf dan akan membuat pembayaran secara berkala kepada pelanggan yang mendapat perkhidmatan kurang memuaskan.

Sumber: HMetro Online



Sumber : Ma-Zeer Blog