Home Ma-Zeer Tentera Malaysia Bersedia, Hanya Menunggu Arahan Pucuk Pimpinan Untuk Ke Baitulmaqdis

Tentera Malaysia Bersedia, Hanya Menunggu Arahan Pucuk Pimpinan Untuk Ke Baitulmaqdis

513
0
SHARE

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersiap siaga, menunggu isyarat dan arahan daripada pucuk pimpinan dan payung negara untuk menyumbang peranan sewajarnya dalam isu Baitulmaqdis.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, negara harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung isu berkenaan.

Tentera Malaysia Bersedia, Hanya Menunggu Arahan Pucuk Pimpinan Untuk Ke Baitulmaqdis

“Saya yakin, sebagai Menteri Pertahanan, apa jua arahan daripada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, akan terus kami junjung.

“Panglima Angkatan Tentera (Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor) dan ATM pastinya sudah siap siaga,” kata Hishammuddin dalam ucapan pengulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Baitulmaqdis: Tentera Malaysia Sudah Bersedia Dan Hanya Menunggu Arahan Pucuk Pimpinan

Beliau berkata tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel merupakan tamparan hebat bagi seluruh dunia Islam.

“Awal minggu ini, kita dikejutkan dengan berita yang sangat membimbangkan berhubung kestabilan geo-politik dunia. Marilah kita berdoa dan terus berdoa agar konflik ini tidak membawa ke ambang kemusnahan,” katanya.

Dalam masa sama, Hishammuddin turut memohon para perwakilan untuk berdiri dan memberi tepukan gemuruh sebagai menunjukkan penghargaan kepada para perajurit negara, yang disifatkannya sebagai perwira tidak didendang, dalam mempertahankan negara.

Tentera Malaysia Sudah Bersedia Dan Hanya Menunggu Arahan Pucuk Pimpinan

Beliau berikrar selagi menyandang jawatan Menteri Pertahanan, dengan sokongan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, usaha membela kebajikan tentera dan veteran serta keluarga mereka akan terus dilaksanakan.

“Kedaulatan negara bukan hanya mengenai kecanggihan dan kelengkapan aset serta teknologinya, tetapi ia juga banyak bergantung kepada kesanggupan para perajurit yang berkorban jiwa dan raga.

“Kami di Kementerian Pertahanan percaya bahawa anggota tentera kita mampu melakukannya apabila mereka mengetahui keluarga yang ditinggal terjaga dan terbela,” katanya.

Tentera Malaysia Sudah Bersedia Dan Hanya Menunggu Arahan Pucuk Pimpinan

Hishammuddin turut berjanji bahawa selagi menjadi Menteri Pertahanan, beliau tidak akan membiarkan walaupun seinci tanah di negara ini dicerobohi dan diganggu gugat mana-mana pihak.

Beliau bagaimanapun menyelar tindakan pembangkang yang sering mempersenda dan bersandiwara sehingga hal keselamatan tidak terlepas daripada permainan mereka.

“Ini termasuk insiden Lahad Datu yang didakwa pembangkang satu sandiwara kerajaan…aset ketenteraan dan kapal selam turut diperlekeh malah hak penempatan tentera sebagai pengundi turut dipertikai.

“Tetapi apabila berlaku bencana dan huru-hara, Angkatan Tentera juga yang dicarinya,” katanya.

Beliau turut menyelar dakwaan sesetengah pihak di Pulau Pinang yang menafikan sumbangan anggota keselamatan negara dalam membantu semasa insiden banjir di negeri yang diperintah DAP itu demi agenda politik. – Bernama

Sumber : Ma-Zeer Blog