Home Ma-Zeer Tiba Giliran Malaysia ‘Claim’ Orang Utan Selepas Indonesia Umum ‘National Costume’ Miss...

Tiba Giliran Malaysia ‘Claim’ Orang Utan Selepas Indonesia Umum ‘National Costume’ Miss Universe

46
0
SHARE



Setelah isu dress nasi lemak Miss Universe Malaysia semakin reda diperdebatkan sesama rakyat Malaysia, netizen Malaysia dan Indonesia kembali berbalah apabila ratu cantik negara seberang itu memperkenalkan pakaian kebangsaannya untuk pertandingan berkenaan.

Indonesia mengambil orang utan sebagai tema kepada kostum mereka dan menamakannya ‘Warrior of Orang Utan’. Ini sekaligus membuatkan netizen Malaysia ‘mengambil peluang’ memulang paku buah keras kepada Indonesia yang sebelum ini mendakwa Malaysia mencuri budaya kuda kepang sebagai budaya sendiri.

Tiba Giliran Malaysia ‘Claim’ Orang Utan Selepas Indonesia Umum ‘National Costume’ Miss Universe

Malaysia ada dua pakaian kebangsaan tahun ini di Miss Universe

Indonesia Umum ‘National Costume’ Miss Universe, Tiba Giliran Malaysia ‘Claim’ Orang Utan Pula

Indonesia Umum ‘National Costume’ Miss Universe, Tiba Giliran Malaysia ‘Claim’ Orang Utan Pula

Ada netizen berpendapat pertandingan Miss Universe tahun ini Malaysia ‘menghantar’ dua wakil bagi acara ‘national costume’ iaitu dress nasi lemak dan pahlawan orang utan kerana kedua-duanya adalah berasal dari negara ini.

Indonesia maling curi maskot negara orang

Indonesia Umum ‘National Costume’ Miss Universe, Tiba Giliran Malaysia ‘Claim’ Orang Utan Pula

Untuk rekod, Malaysia menggunakan orang utan sebagai maskot ketika menjadi tuan rumah bagi Sukan Komanwel 1998. Secara tidak langsung, Malaysia telah terlebih dahulu ‘mengambil’ orang utan sebagai hak milik negara ini.

Sama dengan pakaian pahlawan etnik Iban di Sarawak

Indonesia Umum ‘National Costume’ Miss Universe, Tiba Giliran Malaysia ‘Claim’ Orang Utan Pula

Pakaian yang diperagakan ratu Indonesia itu juga mempunyai persamaan yang jelas dengan pakaian pahlawan suku kaum Iban di Sarawak. Persamaannya jelas ketara di bahagian hiasan kepala dan perincian manik berwarna-warna yang dipakai.

Persoal tindakan Indonesia pelihara orang utan

Malaysia ‘Claim’ Orang Utan

Dunia pernah digemparkan dengan berita orang utan yang menjadi mangsa pelacuran di Kalimantan Tengah, Indonesia pada 2003. Menggunakan istilah ‘pahlawan’ sudah tentunya begitu bercanggah dengan insiden berkenaan.

Nampak sekali gobloknya orang Malaysia…

Malaysia ‘Claim’ Orang Utan

Pantang menyerah kalah, netizen Indonesia mengatakan orang utan sebenarnya wujud di Pulau Kalimantan yang sebahagian besarnya merupakan wilayah Indonesia.

Jadi apa pandangan anda? Wajarkah Indonesia menggunakan orang utan sebagai identiti mereka?



Sumber : Ma-Zeer Blog