Home Ma-Zeer 5 Foto Seorang Pelakon Sudah Tak Malu Untuk Buka Pakaian, Bikini...

[Viral] 5 Foto Seorang Pelakon Sudah Tak Malu Untuk Buka Pakaian, Bikini Di Tepi Pantai. Korang Kenal Kan Pelakon ni?

726
0
SHARE

[Viral] 5 Foto Seorang Pelakon Sudah Tak Malu Untuk Buka Pakaian, Bikini Di Tepi Pantai. Korang Kenal Kan Pelakon ni.?

 

Baru-baru ini, tindakan Julia Ziegler memuatnaik gambarnya berbikini ketika bercuti di Pulau Redang telah menarik perhatian pengikutnya di Instagram – dan turut dikritik dan dicemuh di atas keberaniannya itu.

Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Julia Ziegler menyifatkan memakai bikini ketika berada di pulau bukan sesuatu yang pelik dan sewajarnya tidak perlu dipertikaikan segelintir pihak.

Katanya, ia merupakan pakaian yang biasa dipakai oleh golongan wanita ketika bercuti di pulau dan ia juga tidak menyentuh sensitifiti masyarakat yang tinggal di kawasan

Kata Julia dia bersedia menerima kritikan orang ramai gara-gara keterbukaannya berkongsi gambar-gambar seksi dengan berbikini dalam percutian di Pulau Redang, Terengganu.

“Bagi saya tiada yang pelik pun pakai bikini, orang-orang di kawasan ini ramai yang ambil gambar dengan saya dan tidak kisah pun pemakaian saya itu.

“Saya rasa ramai sahaja perempuan yang pakai seperti itu ketika di pulau, cuma mereka bukan artis dan tidak mendapat perhatian sahaja.”Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap, yang penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan, sampai bila kita nak fikir apa orang cakap tentang kita.

  1. .-

Menurut Julia sebelum ini, berbikini bukanlah sesuatu yang pelik dan di pulau tersebut ramai lagi individu yang berpakaian lebih menjolok mata dari apa yang dipakai olehnya. Selain itu, apa yang dilakukannya itu juga adalah bersesuaian dengan situasi.

“Takkan kalau ke pasar nak pakai gaun labuh. Kiranya pemakaian saya itu sekadar mengikut situasi. Kenapa apabila artis berbikini dijadikan isu sedangkan orang biasa ada juga memuat naik gambar sama?”

“Saya biarkan saja orang komen dan cakap apa mereka mahukan. Macamlah yang bercakap itu sempurna sangat,” luahnya kepada Harian Metro selain menyatakan akan dia pasti akan berubah satu hari nanti dengan caranya tersendiri.

Artikal viral seterusnya…

Selepas Bergelar Isteri, Julia Ziegler Makin Berseri

Selepas Bergelar Isteri, Julia Ziegler Makin Berseri

Dengan sekali lafaz, pelakon Julia Ziegler sah bergelar isteri kepada jurutera mekanikal yang dikenali sebagai Johan, 33.Majlis yang berlangsung kira-kira jam 11 pagi tadi di kediaman keluarga pengantin perempuan bertempat di Kampung Baru dihadiri oleh keluarga terdekat.

Julia telah menerima mas kahwin berjumlah RM80 beserta tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama manakala wang hantaran pula dirahsiakan.

Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler cantik mengenakan busana rekaan Sufian Tugiman manakala Johan pula segak memakai sut.

Wajah Julia juga kelihatan sangat berseri selepas bergelar isteri dan mulutnya tidak lekang dengan senyuman.

Pelakon berusia 32 tahun ini juga turut berkongsi hari bahagianya bersama peminat dengan membuat ‘live update ‘ diakaun Instagramnya dengan hashtag #lovestoryjuliajohan #thedayofjuliajohan11117 #jlovesj

Pasangan ini juga akan diraikan dalam majlis keraian serba ringkas di lokasi sama pada sebelah petang.

Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik Julia dan Johan yang diambil menerusi akaun Instagramnya.